CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2933|Reply: 4

Jom! Masuk Hutan, Boleh Berfesyen Dan Wifi Takkan Putus

[Copy link]
Post time 3-11-2016 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: Harian Metro




Kalau dahulu kawan-kawan ajak masuk hutan mesti fikir banyak kali sebab maklum sahajalah tiada sambungan internet, lagi pun bosan tak boleh pakai cantik-cantik kan?


Tapi sekarang jom ramai-ramai masuk hutan di Fashion Forest Awana, Genting Highland yang pastinya akan memberi sejuta pengalaman untuk anda menyertai aktiviti penerokaan alam semula jadi.








Nama Fashin Forest diberi untuk menggambarkan haiwan dan hidupan di hutan sebagai 'supermodel' manakala pengunjung yang datang dengan berfesyen akan berjalan di dalam hutan seolah-olah sedang melakukan 'catwalk.'


Fashion Street mempunyai 5 galeri yang terdiri daripada pelbagai yang wajib dikunjungi pengunjung untuk meneroka keseluruhan hutan.


Di Galeri 1, pengunjung dapat melihat keindahan pelbagai jenis pokok yang mempunyai bentuk dan ketinggian yang berbeza.


Meneroka ke Galeri 2 pula, kawasan ini bersih tanpa sebarang tumbuhan bagi membolehkan pengunjung terutama kanak-kanak untuk melihat pertumbuhan pokok dari peringkat awal.







Artis dibenarkan mengukir pokok dan ini menjadikan pokok-pokok mati yang terdapat di sini mempunyai pelbagai ukiran yang cantik.


Galeri 3 pula terdapat anak-anak pokok yang baru tumbuh manakala Galeri 4 dipenuhi dengan dedaunan kering dan Galeri 5 menempatkan pokok besar termasuk yang berusia lebih 130 juta tahun.






Pada sebelah malam, pengunjung boleh melakukan aktiviti Herping iaitu aktiviti mencari reptilia atau mamalia di dalam hutan.


Sepanjang penerokaan memang sambungan wifi tidak akan putus, boleh 'upload' gambar sepanjang masa.


Harga tiket:
Self-Guided Fashion Forest walks:
RM35 dewasa (12 tahun ke atas); RM30 kanak-kanak (11 tahun ke bawah)


Guided nature walks:
RM75 dewasa; RM65 kanak-kanak


Special-interest walks (Birding/Herping/Black Gibbon/Helmeted Hornbill):
RM250 seorang


Tambahan lagi, tak perlu pun pakai pakaian yang membosankan macam masuk ke dalam hutan sebelum ini. Tunggu apa lagi, jom? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 12:57 PM | Show all posts
Yang baru nak belajar jenis2 pokok boleh le joint
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 01:34 PM | Show all posts
wow..macam best!! leh pergi sebab leh bwk anak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 02:33 PM | Show all posts
perghhh...nk masuk hutan pun kena bayar mahal lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 06:29 PM | Show all posts
suka periuk kera tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 2.229228 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list