|
|
sumber foto: http://www.news.com.au/
Biarpun kini berada di puncak kerjaya, situasi itu sebenarnya tidak begitu menyenangkan buat aktor berbadan sasa, Chris Hemsworth.
Ini kerana kebelakangan ini tersebar secara meluas khabar angin bahawa rumah tangganya bergolak.
Pelakon yang terkenal dengan watak Thor dalam filem The Avenger akhirnya memuat naik foto bersama isterinya Elsa Pataky di atas sebuah kapal pelayaran dengan kapsyen menafikan khabar angin itu.
"Saya sedang cari isteri baru seperti laporan media adalah salah, sayang... kamu masih mencintai aku kan?" tulisnya.
Foto yang dimuat naik babru-baru itu mencuri perhatian apabila sehingga kini menerima hampir 500,000 tanda suka.
Rata-rata peminat memberi semangat dan harapan agar pasangan ini kekal bersama.
Terdahulu, akhbar Womans Day Australia melaporkan hubungan pasangan yang sudah enam tahun berumah tangga ini sedang bergolak.
Laporan itu berkata, kedua-dua mereka kini sedang memikirkan untuk berpisah dalam masa terdekat.- CARI
|
|