CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3358|Reply: 4

Rupanya Bayi Tidur Beralaskan Bantal Undang Bahaya

[Copy link]
Post time 27-9-2016 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sebahagian para ibu dan bapa cenderung untuk mengalas kepala bayi mereka dengan bantal dan ramai memilih bantal berbentuk huruf U untuk bayi kerana yakin dapat membantu kepala bayi terbentuk bundar sempurna.

Namun, hakikatnya ramai yang keliru sama ada bayi perlu tidur beralaskan bantal atau tidak sebenarnya.  





Mengikut para pakar, mereka tidak menggalakkan ibu bapa menggunakan bantal untuk bayi hingga berusia dua tahun.

Bentuk kepala bayi baru lahir belum sempurna kerana pengaruh proses kelahiran atau alat bantu persalinan. Kepala bayi memerlukan masa untuk berubah ke bentuk yang ideal seiring tumbesaran mereka.






Kenapa bantal undang bahaya kepada bayi :

1) Bantal berpotensi mengundang bahaya sesak nafas atau tersedak kepada bayi.

2) Jika sarung bantal terkoyak, isian bantal boleh keluar. Dan habuk atau isian tersebut mudah termasuk ke dalam hidung dan mulut bayi menjadikan dirinya berisiko mengalami tersedak.

3) Jika bayi diletakkan di tengah bantal berbentuk U pula, bayi akan sukar untuk membalik atau memusingkan kepalanya ke salah satu sisi ketika dia ingin muntah. Keadaan ini berisiko membuat bayi tersedak oleh muntahnya sendiri.

4) Bantal juga dikaitkan dengan sindrom kematian mendadak pada bayi. Disebut pula dengan SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome.


Sumber : Ala Doktor



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 10:08 AM | Show all posts
new knowledge...saya sendiri tak tahu yang bayi tidur dengan bantal tu bahaya..ingatkan bayi lebih selesa bila dialaskan bantal,rupanya sebaliknya...terima kasih sebab kongsi ilmu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa,,abis tu macamane klau bby tengah menyusu? Mksudnye hisap susu dlm botol.
Klau x letak bantal bby lagi senang tersedak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 03:08 PM | Show all posts
hmm... no wonder my baby selalu "hilang" bantalnya waktu tido.. hahaha..

cuma terfikir, if susukan baby, mesti berbantal kan.. tp time tu baby tak tido.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 07:15 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 29-9-2016 03:08 PM
hmm... no wonder my baby selalu "hilang" bantalnya waktu tido.. hahaha..

cuma terfikir, if susuka ...

ajar baby tuh gigit erat ler waktu menetek....hang tengah masak pun Dia boleh senggayut....no hal.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052538 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list