|
|
oleh Adib ZA
Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana meledaknya nama penyanyi Mawi suatu masa dahulu selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim ketiga.
Dia juga digelar sebagai Raja SMS kerana memberikan impak luar biasa melalui undian berasaskan format terbabit.
Namun, selepas beberapa tahun, namanya seakan-akan dilupakan dan tidak bersinar seperti awal kemunculannya 10 tahun lalu.
Meskipun begitu, melalui lagu Kalah Dalam Menang yang dijadikan runut bunyi filem Munafik, nampaknya gandingannya bersama Syamsul Yusof dalam lagu terbabit telah membuatkan ramai peminat kembali mengingati kehebatan Mawi.
"Jika ada menganggap duet bersama Syamsul menyerlahkan kembali karier nyanyian saya Alhamdulillah kerana ia diluar jangkaan saya apabila peminat menerima baik lagu berkenaan.
"Jujur saya tidak pernah memberi fokus kepada populariti kerana saya menyertai AF dahulu pun kerana ingin menjadi penyampai radio seperti Nana Mahzan dan Burn," ujarnya kepada Mstar Online.
Ternyata Mawi bukanlah mahu mengejar populariti semata-mata dan dia mengakui memang suka berkarya. - CARI
Sumber: Mstar Online
 Foto: IG Mawi
|
|