CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 48368|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua beranak pilu sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar

[Copy link]
Post time 17-2-2026 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Dua beranak pilu sambut Tahun Baharu Cina, rumah terbakar

BERNAMA




SEMUA kelengkapan perayaan musnah dalam kebakaran di Flat Taman Bagan Lalang, Butterworth. FOTO Ihsan JBPM



Butterworth: Dua beranak yang sepatutnya ceria menyambut Tahun Baharu Cina terpaksa berdepan detik cemas dan semua kelengkapan perayaan musnah selepas rumah mereka di Flat Taman Bagan Lalang, di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi sebelum jentera dikerah ke lokasi.

"Sebaik tiba didapati sebuah rumah flat di tingkat satu yang berkeluasan 120 kaki persegi sedang terbakar.

Dua penghuni iaitu seorang wanita dan anak perempuannya yang tinggal di kediaman itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada 8.06 pagi sebelum kebakaran dipadamkan sepenuhnya kira-kira 35 minit kemudian dan kerja overhaul selesai dijalankan bagi memastikan tiada sisa api atau bara yang boleh mencetuskan semula kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lokasi kejadian kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Tang Joo Chin, 53, dan anak perempuannya berusia 16 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat.



Disiarkan pada: Februari 17, 2026 @ 3:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323865/dua-beranak-pilu-sambut-tahun-baharu-cina-rumah-terbakar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046763 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list