CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51801|Reply: 0

[Kedah] Program Kampung Angkat MADANI beri impak positif kepada penduduk Pulau Tuba, Selat

[Copy link]
Post time 16-2-2026 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Program Kampung Angkat MADANI beri impak positif kepada penduduk Pulau Tuba, Selat

Oleh BERNAMA - Februari 16, 2026 @ 3:21pm




Amir Hamzah (dua kanan) menyerahkan sumbangan van jenazah TNB ketika melawat Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba dan Selat, Langkawi hari ini. - Foto BERNAMA



LANGKAWI: Program Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba dan Selat dekat sini, berjaya menghasilkan impak positif terhadap kesejahteraan dan sosioekonomi penduduk pulau berkenaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kejayaan itu membuktikan pelaksanaan dasar nasional secara bersepadu pada peringkat akar umbi mampu melahirkan masyarakat lebih berdikari dan progresif bagi menjana pendapatan lebih baik.

"Program Kampung Angkat MADANI yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 dengan peruntukan RM100 juta dan ditingkatkan kepada RM200 juta pada Belanjawan 2025 bertujuan memperkasakan komuniti desa melalui pendekatan Whole of Government.

"Program ini memberi fokus kepada kampung yang memerlukan peningkatan kemudahan asas bagi merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar," katanya kepada pemberita ketika meninjau Kampung Angkat MADANI Pulau Tuba dan Selat dekat sini hari ini.

Amir Hamzah berkata untuk penambahbaikan infrastruktur di pulau tersebut, Kementerian Kewangan memperuntukkan RM2.5 juta pada 2024 dengan pelaksanaan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melibatkan 13 projek pembangunan infrastruktur dan ekonomi komuniti.

"LADA turut meneruskan komitmen melalui penambahan 50 tiang lampu solar baharu melengkapkan 112 lampu sedia ada serta menaik taraf sistem telaga tiub Masjid Al-Wafa bagi memastikan bekalan air bersih dan berkualiti terutamanya pada musim kemarau," katanya.

Beliau berkata usaha itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan walaupun pelaksanaan projek utama selesai pada 2024.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata antara inisiatif dilaksanakan pada tinjauan hari ini ialah sumbangan van jenazah oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Selain itu ialah projek naik taraf tandas Masjid Al-Wafa oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta sumbangan Ramadan kepada Maahad Tahfiz Darul Ulum, Pulau Tuba oleh LADA," katanya.

Amir Hamzah berkata dari sudut ekonomi, penduduk menerusi Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Bhd (KOPTUBAS) memperkenalkan produk pelancongan baharu seperti kiosk makanan, sewaan kereta elektrik klasik dan perkhidmatan feri berhawa dingin.

"Komuniti juga aktif dalam perusahaan hiliran hasil laut, makanan kecil serta kraftangan seperti batik dan seramik sekali gus memperkukuh potensi pelancongan komuniti," katanya.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1510255/program-kampung-angkat-madani-beri-impak-positif-kepada-penduduk





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 01:40 PM GMT+8 , Processed in 1.013258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list