CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22613|Reply: 4

Narathiwat bergegar, 7 bom meletup menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 16-2-2026 12:06 PM | Show all posts |Read mode





BANGKOK – Penduduk wilayah Narathiwat, selatan Thailand digemparkan dengan tujuh letupan pada waktu malam dengan pihak berkuasa mengesyaki serangan bertujuan mencetuskan kekecohan menjelang Ramadan oleh pemisah, lapor portal berita Thaiger.

Letupan pertama berlaku sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin apabila bom yang disembunyikan di dalam tong sampah meletup di luar sebuah bengkel berhampiran Hospital Yi-Ngo Chaloem Phrakiat di Moo 7.

Timbalan Ketua Siasatan Polis, Leftenan (polis)  Borarn Phiteenattananon berkata, beberapa motosikal yang diletakkan berhampiran bengkel tersebut mengalami kerosakan.

Letupan kedua menyusul kira-kira 300 meter dari lokasi awal, dengan bom ditemui diletakkan di  dalam tong sampah di luar pejabat ternakan daerah.

Satu lagi bom meletup pukul 2 pagi (waktu tempatan) di hadapan kedai membaiki telefon bimbit di kawasan sama. Peranti itu juga disembunyikan dalam tong sampah.

Dua letupan lain pula berlaku sebelum subuh berhampiran jambatan   dan jalan menuju Yi-ngo Moo 2.

Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan di lima lokasi kejadian dan melakukan  pemeriksaan menyeluruh semalam. Tiada kecederaan dilaporkan.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua individu yang menaiki motosikal menanam bahan letupan di kawasan semak di tepi jalan.

Dua letupan selanjutnya berlaku di daerah Rangae. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan keselamatan meningkatkan rondaan dan sedang menyemak rakaman CCTV untuk mengenal pasti suspek. – AGENSI

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 12:16 PM | Show all posts
hati kering orang sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahiland masih almera
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 01:22 PM | Show all posts

tapi bila sembang ngn org2 sana, puak2 pengganas ni mmg sebolehnya tak kacau org awam. dorg bg warning awal2 suruh lari. ada yg ckp pengebom2 ni polis2 sana gak nk buruk kan islam 3 wilayah bwh ni. tak paham la aku hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
a4_paper replied at 16-2-2026 01:22 PM
tapi bila sembang ngn org2 sana, puak2 pengganas ni mmg sebolehnya tak kacau org awam. dorg bg war ...

Bombing ni jadi dkt kawasan yg ada mix melayu n thai tapi kalau area melayu semua takde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 09:40 AM GMT+8 , Processed in 1.556059 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list