CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24673|Reply: 0

[Sarawak] TYT seru seluruh rakyat Sarawak pelihara perpaduan, keharmonian

[Copy link]
Post time 16-2-2026 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina yang meraikannya.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru seluruh rakyat Sarawak agar terus memelihara perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2026.

Dalam perutusan khas sempena perayaan tersebut, Tun Wan Junaidi berkata TBC adalah masa untuk pertemuan semula ahli-ahli keluarga terdekat serta simbol perpaduan khususnya di Sarawak dan Malaysia amnya dengan konsep rumah terbuka.

Dalam hal ini, beliau dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi amat bangga melihat budaya rumah terbuka sentiasa meriah pada setiap perayaan di Sarawak dan terus kekal menjadi satu tradisi yang menunjukkan perpaduan antara pelbagai kaum di Sarawak amat baik dan utuh.

"Seperti tradisi 'yee sang' yang kita raikan bersama, setiap bahan yang berbeza digaul dan disatukan untuk menghasilkan rasa yang manis dan unik, begitulah juga masyarakat kita di Malaysia.

"Setiap kaum dengan budaya, bahasa dan tradisinya yang tersendiri, apabila bersatu padu, akan menghasilkan sebuah wilayah atau negara yang lebih kuat, harmoni dan progresif.

"Justeru, marilah kita terus memelihara dan menghormati kepelbagaian ini kerana inilah harta yang paling berharga dan unik yang dimiliki oleh anak-anak Sarawak, seperti slogan 'Segulai Sejalai'," katanya.

Tun Wan Junaidi juga yakin Kerajaan Sarawak akan terus berusaha memacu pertumbuhan ekonomi wilayah dan negara dan memastikan kemakmuran yang diraih dapat dinikmati secara adil oleh setiap lapisan masyarakat, termasuk golongan B40 dan M40.

Sejajar matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 katanya, Kerajaan Sarawak amat telus, inklusif dan prihatin ke atas kebajikan semua rakyat Sarawak merangkumi komuniti Cina.

Malah katanya, terdapat beberapa bentuk bantuan dan sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak kepada komuniti Cina, terutamanya dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan antaranya RM22 juta kepada sekolah-sekolah aliran Cina serta mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi membolehkan pelajar sekolah Cina melanjutkan pelajaran di universiti milik Sarawak.

Di samping itu katanya, Kerajaan Sarawak turut melaksanakan program kebajikan, terutama untuk golongan berpendapatan rendah sempena perayaan utama melalui Program Sejambak Kasih TBC.

"Ini adalah inisiatif khas Kerajaan Sarawak yang diadakan secara konsisten setiap kali perayaan utama, bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dalam kalangan komuniti Cina," ujarnya.

Tun Wan Junaidi turut merakamkan penghargaan kepada semua komuniti termasuk komuniti Cina yang sama-sama bertugas di barisan hadapan, sebagai sukarelawan dan pemimpin komuniti yang terus berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat, termasuk sepanjang musim perayaan.

Beliau juga berharap semoga semua rakyat Sarawak akan terus memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan wilayah ini, menyokong usaha kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan dan memperkukuh ekonomi Sarawak demi kesejahteraan generasi akan datang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.516064 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list