CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22993|Reply: 0

[Sarawak] Undang-undang baharu tangani judi haram dirangka

[Copy link]
Post time 15-2-2026 05:59 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah (lima kiri) menyerahkan geran kepada salah seorang wakil JKKK bagi kawasan Parlimen Petra Jaya.

KUCHING: Kerajaan Persekutuan sedang merangka undang-undang baharu bagi menangani kegiatan judi haram termasuk judi dalam talian yang semakin membimbangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof.

Beliau berkata, rang undang-undang (RUU) berkenaan dijangka dapat dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang sekiranya segala proses perundangan berjalan lancar.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi memastikan kegiatan judi haram dapat dibendung secara lebih berkesan, khususnya dalam menangani impak negatif terhadap kesejahteraan sosial dan generasi muda.

“Di pihak Persekutuan, kerajaan sedang merangka undang-undang untuk menangani judi haram. Insya-Allah kita harapkan dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang akan datang,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Dewan Akademi Kastam di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, setakat ini belum diputuskan sama ada undang-undang itu akan diperkenalkan secara khusus atau dimasukkan sebagai pindaan dalam undang-undang jenayah siber sedia ada.

Katanya, kerajaan memandang serius isu judi dalam talian kerana jika tidak dibendung, ia boleh menjejaskan struktur sosial masyarakat dan membawa kesan buruk kepada golongan muda.



Penerima geran JKKK bagi kawasan Parlimen Petra Jaya merakamkan gambar kenangan bersama Fadillah.

Mengulas mengenai statistik negeri yang mencatatkan kes judi dalam talian tertinggi, beliau berkata fokus kerajaan bukan semata-mata kepada angka, sebaliknya kepada keperluan mengambil tindakan tegas tanpa mengira kadar kes.

“Yang penting, sama ada tinggi atau rendah, perkara ini perlu diambil tindakan serius. Kita perlu mempertingkatkan undang-undang berkaitan dan penguatkuasaan,” tegasnya.

Terdahulu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya  menyampaikan Geran Tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya di dewan tersebut.

Sebanyak 87 JKKK menerima geran tahunan berjumlah RM3,000 setiap satu, menjadikan keseluruhan peruntukan sebanyak RM261,000.

Geran berkenaan bertujuan membantu JKKK melaksanakan pelbagai aktiviti tahunan termasuk mesyuarat, program gotong-royong, ceramah dan kursus, program keceriaan kampung serta aktiviti kebajikan setempat.

Beliau berharap peruntukan itu dapat memperkukuh peranan JKKK sebagai penggerak komuniti, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam membina masyarakat yang berdaya tahan dan bebas daripada gejala sosial seperti judi haram.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.294120 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list