CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 25315|Reply: 0

[Kedah] Ramai serbu Langkawi, 56,267 tiket feri terjual sepanjang cuti sekolah, Tahun Baharu Cina

[Copy link]
Post time 15-2-2026 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Ramai serbu Langkawi, 56,267 tiket feri terjual sepanjang cuti sekolah, Tahun Baharu Cina

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





TERMINAL Feri Kuah dari Terminal Feri Kuala Perlis. FOTO hiasan




Alor Setar: Sebanyak 56,267 tiket feri ke Pulau Langkawi sudah terjual bagi perjalanan bermula kelmarin hingga 21 Februari ini dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Pulau Langkawi.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, orang ramai mula menyerbu Pulau Langkawi sejak Jumaat lalu berikutan cuti persekolahan dan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat 36,733 tiket masih belum terjual setakat ini dan pembelian masih ada di kaunter atau secara dalam talian di aplikasi Cuti-Cuti Langkawi.

"Untuk tempoh 10 hari ini, pihak kami menyediakan keseluruhan 93,000 tiket dan kita menjangka pembelian tiket akan terus meningkat disebabkan cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kami menyediakan 188 trip normal (termasuk daripada Kuala Kedah ke Langkawi (44 trip) manakala Langkawi ke Kuala Kedah (44 trip).

"Bagi perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi pula sebanyak 50 trip dan Langkawi ke Kuala Perlis juga 50 trip sudah berada dalam sistem penjualan tiket, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, Norhafiz berkata, pihaknya turut menambah 25 trip tambahan berdasarkan jumlah permintaan penjualan tiket yang semakin menggalakkan di saat akhir menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menambah lagi trip tambahan jika permintaan di luar jangkaan berlaku.

"Sehubungan itu pelancong digalak datang awal ke terminal feri untuk mengelak berlaku kesesakan, selain membuat pembelian awal tiket untuk mengelak kehabisan, " katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 2:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323149/ramai-serbu-langkawi-56267-tiket-feri-terjual-sepanjang-cuti-sekolah-tahun




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list