CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26258|Reply: 0

[Pulau Pinang] Orang ramai beli stok barang keperluan sambut Ramadan di Jualan Rahmah

[Copy link]
Post time 15-2-2026 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai beli stok barang keperluan sambut Ramadan di Jualan Rahmah

Nur Izzati Mohamad[email protected]





ORANG ramai membuat pembelian di Jualan Rahmah bergerak yang dibuka di tapak Karnival Mahabbah di Bertam. FOTO Nur Izzati Mohamad




Kepala Batas: Orang ramai mengambil kesempatan mengunjungi Jualan Rahmah bergerak di tapak Karnival Mahabbah di Bertam, di sini untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Ramadan.

Tinjauan mendapati mereka mula beratur seawal jam 9 pagi bagi mendapatkan barangan seperti beras, minyak masak paket, gula, sardin dan pelbagai item lain yang dijual lebih murah antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

Suri rumah, Naimah Mohamad Hamidi, 28, berkata dia yang berdepan musibah kehilangan rumah akibat kejadian kebakaran Khamis lalu, datang membeli beberapa barangan keperluan bersama ibunya, Azliyaton Ali 51 yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal.

"Saya sekarang menumpang di rumah mak bersama suami dan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

"Memang lega sangat bila ada jualan murah macam ini sebab sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan beban suami, ditambah dengan musibah yang menimpa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini

Bagi Noraini Ahmad,45, yang juga suri rumah sentiasa mengunjungi mana-mana Jualan Rahmah yang diketahuinya bagi mencari jalan menjimatkan perbelanjaan dapur.

"Bila beli di kedai, pasar raya harga agak mahal sikit jadi bila ada Jualan Rahmah boleh jimat kerana banyak diskaun, tambah kita nak puasa dan boleh beli barang buat stok," katanya.

Sementara itu, penganjur karnival, Zaini Aboo Hassan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menganjurkan Jualan Rahmah itu disamping memberikan RM50 baucar pembelian kepada 50 penerima terdiri daripada asnaf serta ibu tunggal yang telah melepasi tapisan ditetapkan.

"Jadi, yang mendapat baucar ini, dia boleh pilihlah apa yang keperluan dia untuk sambut Ramadan sama ada nak beli beras, telur ayam dan sebagainya dengan harga murah," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323126/orang-ramai-beli-stok-barang-keperluan-sambut-ramadan-di-jualan-rahmah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list