CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22243|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pokok tumbang hempap dua kereta, tiga selamat

[Copy link]
Post time 15-2-2026 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-2-2026 12:03 PM

Pokok tumbang hempap dua kereta, tiga selamat

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





DUA kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Mount Erskine di sini. FOTO ihsan JBPM




Georgetown: Dua kereta dihempap pokok tumbang merentangi jalan dalam kejadian di Jalan Mount Erskine, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, tiga individu yang menaiki kenderaan berkenaan terselamat dan berjaya keluar dari kereta masing-masing.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 12.08 tengah malam.

Katanya, tugas penyelamatan membabitkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati insiden membabitkan sebatang pokok yang tumbang menghempap dua kereta iaitu jenis Perodua Viva dan Perodua Bezza.

"Pasukan penyelamat dengan berpakaian pelindung diri lengkap (PPE) memotong pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan ia tidak menjadi halangan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut John berkata, dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Viva dan seorang lagi yang juga pemandu Perodua Bezza berjaya keluar dalam keadaan selamat daripada kenderaan semasa kejadian.

"Operasi turut dibantu PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.29 pagi.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 10:13am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323047/pokok-tumbang-hempap-dua-kereta-tiga-selamat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.411012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list