CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22054|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ Pulau Pinang pantau 12 lokasi kerap kemalangan

[Copy link]
Post time 15-2-2026 11:52 AM | Show all posts |Read mode
JPJ Pulau Pinang pantau 12 lokasi kerap kemalangan

Nur Izzati Mohamad[email protected]





ZULKIFLY Ismail memeriksa lesen memandu dan cukai jalan ketika mengadakan Op Khas Tahun Baharu Cina, malam tadi. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi tumpuan terhadap 12 lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan menerusi Op Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina sehingga 22 Februari ini.

Pengarahnya, Zulkifly Ismail berkata, semua lokasi itu membabitkan empat zon di lima daerah membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Timur Laut dan Barat Daya.

Katanya, seramai 168 anggota penguat kuasa yang sudah dibekukan cuti akan bertugas sepanjang pelaksanaan operasi terbabit untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat kemalangan.

"Selain itu, penguatkuasaan itu juga adalah untuk memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi meningkatkan keselamatan, kualiti dan 'kebolehharapan' perkhidmatan kepada pengguna.

"Pada masa sama, JPJ menetapkan sasaran untuk melandaikan kadar kemalangan dan kematian khususnya dalam pelaksanaan Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan yang kini dilaksanakan pada semalam hingga hari ini dan 21 hingga 22 Februari ini," katanya kepada pemberita ketika hadir pada Op Khas berkenaan di Laluan Motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini, malam tadi.

Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, sebanyak 584 kenderaan diperiksa yang mana daripada jumlah itu 184 kesalahan sudah dikesan dan diambil tindakan saman.

Selain JPJ, operasi terbabit turut disertai pelbagai agensi antaranya Jabatan Siasatan Penguatkusaan Trafik (JSPT), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen (JIM) dengan keseluruhan anggota seramai 61 orang.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya turut memperluaskan penggunaan kamera badan yang mula diguna pakai JPJ negeri sepenuhnya awal tahun ini.

"Kita sudah mula menggunakan kamera badan dalam operasi kali ini yang ia banyak membantu penguat kuasa terutamanya dari segi bahan bukti sekiranya ada gangguan atau halangan semasa melaksanakan tugas," katanya.



Disiarkan pada: Februari 15, 2026 @ 11:34am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323068/jpj-pulau-pinang-pantau-12-lokasi-kerap-kemalangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.120111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list