CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29421|Reply: 2

[Pulau Pinang] Rumah, empat kenderaan musnah terbakar

[Copy link]
Post time 15-2-2026 04:02 AM | Show all posts |Read mode
Rumah, empat kenderaan musnah terbakar

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
14 Februari 2026 12:49pm





Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.40 pagi manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 9.51 pagi. Foto: JBPM




PERMATANG PAUH - Sebuah rumah di Kampung Belah Dua di sini musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi dan jentera bomba tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.


Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.40 pagi manakala operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 9.51 pagi.

"Kebakaran melibatkan satu unit rumah kelas B bersaiz 20x30 kaki serta empat kenderaan iaitu dua motosikal dan dua kereta.

“Konsep RECEO telah diaplikasikan dalam operasi pemadaman. Kaedah pemadaman dilakukan secara defensif dan ofensif. Kerja-kerja overhaul telah diselesaikan sebelum lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, motosikal yang terlibat ialah Kawasaki Ninja Z800 yang mengalami kerosakan 30 peratus, manakala sebuah skuter yang tidak dikenal pasti musnah 95 peratus.

"Sementara itu, kereta Perodua Viva musnah 85 peratus dan Proton Wira mengalami kerosakan 30 peratus.

Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) turut dilaksanakan termasuk pengambilan maklumat pemilik premis serta pemberian khidmat nasihat.

"Semua penghuni rumah berkenaan iaitu lima orang termasuk seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak dilaporkan selamat. Tiada mangsa cedera dilaporkan," ujarnya.


Jelasnya, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dan BBP Bukit Mertajam bersama dua jentera LFRT terlibat dalam operasi tersebut.

"Bantuan daripada polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut diberikan bagi memastikan keselamatan serta bekalan elektrik di kawasan itu," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/768198/berita/semasa/rumah-empat-kenderaan-musnah-terbakar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2026 04:02 AM | Show all posts

Kebakaran melibatkan satu unit rumah kelas B bersaiz 20 x 30 kaki serta empat kenderaan iaitu dua motosikal dan dua kereta. Foto: JBPM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 04:03 AM | Show all posts

Motosikal yang terlibat ialah Kawasaki Ninja Z800 yang mengalami kerosakan 30 peratus, manakala sebuah skuter yang tidak dikenal pasti musnah 95 peratus.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046077 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list