CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31151|Reply: 0

[Kedah] KPDN sambut baik cadangan beli minyak subsidi guna MyKad - Fuziah

[Copy link]
Post time 14-2-2026 05:11 PM | Show all posts |Read mode
KPDN sambut baik cadangan beli minyak subsidi guna MyKad - Fuziah

13 Februari 2026 03:37pm





Dr Fuziah (empat dari kiri) ketika pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 yang berkuatkuasa hari ini hingga 21 Februari di Lotus Kulim, hari ini. - Foto: Bernama






KULIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik cadangan untuk memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, ia akan mempermudah urusan pengguna untuk membeli barangan bersubsidi seperti minyak masak paket.


"Ketika ini KPDN menggunakan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS), yang mana kita gunakan kod imbasan untuk pengguna beli minyak masak paket, memandangkan tidak semua premis atau kedai runcit mempunyai sistem terminal MyKasih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 (SHMMP TBC 2026) di sebuah pasar raya dekat sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk diintegrasikan dengan sistem SARA bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam penjualan minyak masak bersubsidi.

Fuziah berkata, seperti yang dimaklumkan oleh MOF, menjelang akhir tahun ini kira-kira 10,000 kedai runcit akan mempunyai terminal MyKasih untuk penerima SARA.

"Jadi apa yang KPDN lakukan pada hari ini adalah langkah sementara sehingga matlamat itu tercapai bagi memastikan pengguna yang layak sahaja menerima sumbangan.

"Menerusi aplikasi eCOSS, kod imbasan QR masih boleh digunakan termasuklah di Program Jualan Rahmah atau kedai runcit, walaupun tiada terminal MyKasih," katanya.

Sementara itu, sempena pelaksanaan SHMMP TBC 2026, Fuziah berkata kawalan harga akan berkuatkuasa bermula 13 hingga 21 Feb ini membabitkan keseluruhan 16 jenis barangan.






Antara barangan terlibat di bawah SHMMP TBC 2026 termasuk ikan bawal putih, udang putih, bawang, sayur-sayuran terpilih, ayam serta daging dan ternakan babi bagi negeri-negeri berkaitan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/768084/berita/nasional/kpdn-sambut-baik-cadangan-beli-minyak-subsidi-guna-mykad---fuziah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.366252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list