CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19763|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia Kenal Pasti Unsur Nadir Bumi "Rare" Di Sembilan Negeri

[Copy link]
Post time 14-2-2026 12:00 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR --Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 274,144 tan metrik sumber unsur nadir bumi (REE) yang berjaya dikenal pasti di sembilan negeri di seluruh negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dari tahun 2021 hingga 2025.

Sumber itu dikesan merentasi sembilan negeri dengan keluasan meliputi 103.9 kilometer persegi.

Sembilan negeri itu adalah Terengganu, Perak, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor dan Johor.

"Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersama dengan kementerian dan agensi berkaitan komited untuk membangunkan industri REE secara berperingkat meliputi keseluruhan rantaian nilai dengan menitikberatkan kepada pematuhan undang-undang serta perlindungan alam sekitar dan keselamatan rakyat," katanya.

Tambah beliau, berdasarkan kajian awal yang dibuat sebelum ini, taburan sumber teragak (inferred resources) REE dari jenis lempung jerapan ion (ionadsorption clay - IAC) telah dikenal pasti di beberapa negeri khususnya di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, penemuan ini masih berada pada kategori sumber awal dan memerlukan pengesahan lanjut sebelum sebarang aktiviti komersial berskala penuh boleh dipertimbangkan.

"Negeri Perak telah melaksanakan projek perintis perlombongan REE yang dipantau rapi bermula pada tahun 2022, manakala negeri-negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan masih berada pada peringkat kajian, penerokaan atau penilaian teknikal," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Chow Kon Yeow (PH–Batu Kawan) mengenai hala tuju industri REE Malaysia, termasuk kerangka penglibatan kerajaan Persekutuan dan negeri serta penemuan baharu oleh negeri-negeri dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Mengenai tadbir urus perkara ini, Arthur menjelaskan penglibatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini adalah berdasarkan kepada pembahagian bidang kuasa sedia ada.

"Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap hal ehwal tanah yang meliputi permit dan kebenaran perlombongan, manakala Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam penggubalan dasar nasional, penyelarasan industri, kawal selia teknikal, keselamatan, alam sekitar dan kawalan eksport.

"Penyelarasan ini dilaksanakan melalui beberapa mekanisme di peringkat nasional termasuk Majlis Tanah Negara, Majlis Mineral Negara serta sesi libat urus yang diadakan bersama pihak Kerajaan Negeri," katanya.

https://siakapkeli.my/articles/m ... -di-sembilan-negeri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.047784 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list