CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26486|Reply: 0

[Kedah] 2 lelaki jalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di Stadium Darul Aman

[Copy link]
Post time 14-2-2026 12:06 AM | Show all posts |Read mode
2 lelaki jalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat di Stadium Darul Aman

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





DUA orang pesalah Menjalani Hukuman PKM Bagi kesalahan membuang Sampah Kecil di Tempat Awam dan Jalan Awam melakukan kerja menyapu daun kering. FOTO Wan Nabil Nasir




Alor Setar: Dua lelaki menjadi antara pesalah pertama yang menjalani hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) hari ini, selepas mereka didapati bersalah membuang sampah kecil di tempat awam bulan lalu.

Kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 39 tahun menjalani hukuman itu di perkarangan Stadium Darul Aman di sini, dengan dipantau pegawai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah.

Pengarah SWCorp Kedah, Shamsuharizal Basir berkata, salah seorang pesalah yang juga warga Indonesia, sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan membuang puntung rokok di kawasan awam iaitu sekitar Menara Alor Setar.

Katanya, mahkamah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM300 dan sekiranya gagal membayar denda itu, pesalah boleh dipenjarakan selama tiga bulan.

"Selain itu, mahkamah turut memerintahkan pesalah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat selama enam jam dalam tempoh dua bulan dengan pelaksanaan maksimum satu jam sehari.

"Ingin dijelaskan bahawa Penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan secara tegas tanpa mengira status individu," katanya.

Sementara itu, Shamsuharizal memaklumkan Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam, turut mendapati seorang warga tempatan turut didapati bersalah membuang sisa pepejal di tempat awam.

Dia yang berasal dari Pulau Pinang menjadi warga tempatan pertama dikenakan atas kesalahan PKM kerana kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam di Sungai Petani.

"Dia dijatuhi hukuman denda RM700 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda serta diperintahkan menjalani PKM selama 10 jam dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan," katanya.

Shamsuharizal berkata, pelaksanaan hukuman ini bertujuan memberi mesej jelas bahawa tindakan pembetulan dilaksanakan secara tegas, tersusun dan berimpak.

Katanya, tindakan ini menegaskan bahawa penguatkuasaan dilaksanakan secara adil dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kewarganegaraan.

"Berdasarkan rekod, akan ada lagi PKM di negeri ini berikutan 159 kertas siasatan sudah dibuka dan 35 kertas siasatan sudah mendapat tarikh sebutan di mahkamah.

"Nasihat saya kepada masyarakat supaya jangan membuang sampah kecil merata tempat dan tindakan tegas akan diambil kepada pesalah yang membuang sampah kecil sama ada di tempat awam atau luar kenderaan atau di mana sahaja," katanya.

Shamsuharizal berkata, anggota SWCorp melakukan penyamaran dengan berpakaian preman dan ada di mana-mana tempat dalam melaksanakan Op Cegah.



Disiarkan pada: Februari 13, 2026 @ 11:51am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322309/2-lelaki-jalani-hukuman-perintah-khidmat-masyarakat-di-stadium-darul-aman




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 2.265471 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list