CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25572|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu van didakwa 9 pertuduhan khianat bakar 8 kenderaan, langsir rumah

[Copy link]
Post time 13-2-2026 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu van didakwa 9 pertuduhan khianat bakar 8 kenderaan, langsir rumah

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





SEORANG lelaki dibawa ke Mahkamah Balik Pulau hari ini, didakwa melakukan khianat dalam insiden kebakaran. FOTO Auris Faqrurazzi




Balik Pulau: Pemandu van didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan khianat dengan membakar lapan kenderaan serta langsir sebuah rumah pada Januari lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Nor Ahmad Murni Abdul Hamid, 36, tidak mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat menggunakan api dengan membakar langsir di sebuah kediaman di Medan Bayan Residensi Tunas Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini, sehingga menyebabkan kerosakan pada harta milik seorang lelaki berusia 51 tahun pada jam 6.50 petang, 24 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan membakar lima kereta dan tiga motosikal di parkir Kondominium Tunas Residensi, Bayan Lepas antara jam 4.45 pagi hingga 5.15 pagi pada 27 Januari lalu.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Jin Hong dan tiada peguam mewakili tertuduh.

Ketika prosiding Jin Hong mencadangkan jaminan keseluruhan sebanyak RM92,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta dilarang mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan minimum dengan alasan bekerja sebagai pemandu van berpendapatan RM1,800 sebulan serta perlu menyara tiga anak selepas kematian isterinya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan keseluruhan RM40,000 serta syarat tambahan yang dimohon timbalan pendakwa raya.

Kes ditetapkan bagi sebutan semula pada 9 Mac depan.

Semalam, media melaporkan pengesahan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengenai penahanan tiga individu bagi membantu siasatan khianat dengan api susulan kes kebakaran sembilan kenderaan di sebuah kondominium pada 27 Januari lalu.

Antara kereta yang musnah dalam kejadian itu termasuk sebuah Perodua Bezza yang baru dibeli pemilik kurang tempoh 24 jam.



Disiarkan pada: Februari 13, 2026 @ 1:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322378/pemandu-van-didakwa-9-pertuduhan-khianat-bakar-8-kenderaan-langsir-rumah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.523628 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list