CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24850|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal di Sungai Dua

[Copy link]
Post time 13-2-2026 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Tukang paip didakwa bunuh ibu tunggal di Sungai Dua

Nur Izzati Mohamad[email protected]





L Ravinder diiringi polis ke kamar mahkamah bagi berdepan pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal dalam kejadian di sebuah rumah di sini. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: Seorang tukang paip yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang ibu tunggal pada Rabu minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, L Ravinder, 40 yang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh C Kanagee,41 di sebuah rumah beralamat di No G-21, Lorong Seri Murni 2, Taman Seri Murni dalam Seberang Perai Utara, di sini, antara jam 9.30 pagi hingga 9.41 pagi, 4 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 31 Mac depan untuk serahan laporan bedah siasat, forensik serta kimia.

Pada 4 Februari lalu, media melaporkan seorang wanita berusia 41 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik dengan kesan kelar pada leher.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan kelar pada leher mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.

Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memaklumkan tiada kesan pergelutan ditemui pada tubuh mangsa, sekali gus menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang individu yang dikenalinya.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang etnik Rohingya berusia 38 hingga 46 tahun bagi membantu siasatan.

Difahamkan, cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan wanita terbabit namun siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis.



Disiarkan pada: Februari 13, 2026 @ 1:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322372/tukang-paip-didakwa-bunuh-ibu-tunggal-di-sungai-dua




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.233357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list