CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15656|Reply: 0

[Sarawak] AirAsia saran tetamu rancang perjalanan awal sempena TBC

[Copy link]
Post time 13-2-2026 05:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: AirAsia mengingatkan para tetamu untuk merancang perjalanan lebih awal serta mengikuti nasihat perjalanan yang disediakan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Syarikat penerbangan tambang rendah itu menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa daftar masuk secara kendiri boleh dilakukan melalui aplikasi AirAsia MOVE seawal 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Tetamu boleh mendaftar masuk dan menerima pas masuk elektronik (e-boarding pass) dengan mudah menerusi aplikasi tersebut.

“Tetamu juga disarankan memuat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan tempahan penerbangan termasuk kemas kini status penerbangan menerusi pautan ‘Flight Status’.

“Perkhidmatan daftar masuk di kaunter lapangan terbang pula hanya disediakan untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi di bawah umur 24 bulan, tetamu hamil, warga emas serta remaja yang melakukan perjalanan bersendirian,” katanya.

Bagi tetamu hamil, mereka dikehendaki mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat.

“Tetamu yang hamil melebihi 27 minggu pula perlu mengemukakan sijil perakuan sah daripada doktor.

“Tetamu kurang upaya boleh membuat pratempahan Bantuan Khas seperti perkhidmatan kerusi roda semasa membuat tempahan atau melalui pautan ‘My Booking’ di aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu perlepasan,” ujarnya lagi.

Bagi penerbangan antarabangsa, tetamu perlu memastikan keperluan perjalanan seperti visa dan transit dipenuhi.

Keperluan ini tertakluk kepada perubahan semasa dan tetamu dinasihatkan menyemak dengan pihak kedutaan atau konsulat negara yang bakal dituju, katanya.

Melalui aplikasi AirAsia MOVE dan laman web airasia.com, tetamu kini boleh memuat naik atau mengambil gambar visa masing-masing bagi mendapatkan pas masuk lengkap tanpa perlu beratur panjang di lapangan terbang.

Ciri Pengesahan Visa Automatik (AVC) turut diperkenalkan bagi memudahkan proses daftar masuk dalam talian untuk penerbangan antarabangsa.

Bagi destinasi yang memerlukan visa atau Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), tetamu boleh mengesahkan dokumen perjalanan ketika daftar masuk dalam talian bermula 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu berlepas.

Sekiranya pengesahan gagal, tetamu boleh mendapatkan semakan manual di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

Dalam tempoh perjalanan puncak ini, tetamu dinasihatkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa.

Kaunter daftar masuk akan ditutup satu jam sebelum waktu perlepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 dan 45 minit sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

Selain itu, pemegang pasport Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk menikmati proses kelulusan imigresen yang lebih pantas di KLIA Terminal 2 melalui lorong khas kod QR dan pengesahan wajah.

AirAsia turut menggalakkan penggunaan pas masuk elektronik menerusi aplikasi AirAsia MOVE tanpa perlu mencetak pas masuk fizikal.

“Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang termasuk semua lapangan terbang di Malaysia yang dikendalikan oleh AirAsia.

“Namun, bagi sesetengah lapangan terbang, penumpang masih perlu mencetak pas masuk untuk tujuan pengesahan,” jelas pihaknya.

Tetamu juga boleh menggunakan kios tanpa sentuh di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi serta membuat daftar masuk bagasi kendiri.

Selepas daftar masuk secara dalam talian, tetamu hanya perlu mengimbas kod QR pada pas masuk elektronik di kios untuk mencetak tag bagasi sebelum membuat penurunan bagasi di kaunter yang disediakan.

Tempahan elaun bagasi tambahan juga boleh dibuat sehingga empat jam sebelum waktu perlepasan menerusi aplikasi AirAsia MOVE.

Pada masa yang sama, tetamu trut diingatkan supaya memastikan bagasi kabin mematuhi saiz yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 56x36x23 sentimeter bagi satu beg kabin dan atau satu beg komputer riba, beg tangan atau beg kecil.

Jumlah keseluruhan berat bagi kedua-dua bagasi kabin tidak boleh melebihi tujuh kilogram.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 11:49 PM GMT+8 , Processed in 1.377715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list