CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14700|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahli Parlimen Nibong Tebal salur RM105,000 kepada 21 masjid, 63 surau

[Copy link]
Post time 13-2-2026 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Nibong Tebal salur RM105,000 kepada 21 masjid, 63 surau

Oleh Ercy Gracella Ajos - Februari 12, 2026 @ 9:51pm





Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek. - Foto ihsan KPM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 masjid dan 63 surau di Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan RM105,000 bagi tujuan penganjuran pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sempena Ramadan.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dalam kenyataan memaklumkan, masing-masing masjid menerima sumbangan RM2,000, manakala surau sebanyak RM1,000.

Sumbangan itu disalurkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek pada Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar MADANI bertempat di Masjid As Solihin, Kampung Kepala Gajah, Pulau Pinang, hari ini.

Fadhlina berkata, beliau sentiasa komited dengan usaha untuk meningkatkan syiar Islam di Nibong Tebal.

"Sebagai contoh, sepanjang 2025, sebanyak RM750,000 diperuntukkan bagi tujuan naik taraf masjid dan surau di seluruh Parlimen Nibong Tebal.

"Selain itu, kerja naik taraf masjid dan surau yang sudah siap dilaksanakan merangkumi pemasangan karpet baru serta naik taraf ruang solat dan tandas.

"Terkini, surau sementara di tapak pembinaan masjid Taman Halaman Indah, iaitu Surau Al Munauwwarah siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan oleh penduduk pada bulan Ramadan ini," katanya menurut kenyataan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal.

Difahamkan majlis yang berlangsung hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli serta pengerusi masjid dan surau seluruh Parlimen Nibong Tebal.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1508948/ahli-parlimen-nibong-tebal-salur-rm105000-kepada-21-masjid-63-surau





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114172 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list