CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21863|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bomba sahkan kebakaran korbankan dua nyawa di Butterworth perbuatan khianat

[Copy link]
Post time 13-2-2026 02:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-2-2026 02:29 AM

Bomba sahkan kebakaran korbankan dua nyawa di Butterworth perbuatan khianat

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi dua beranak maut dalam kebakaran di Taman Rathna, Butterworth. FOTO arkib NSTP




Bayan Lepas: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengesahkan kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Butterworth, 10 Disember lalu, adalah perbuatan khianat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya sudah menyerahkan laporan lengkap siasatan kepada polis berhubung kejadian.

"Kita sudah lengkapkan siasatan berhubung kejadian itu dan laporan itu juga sudah diserah kepada polis awal Januari lalu bagi tindakan lanjut.

"Dalam siasatan itu didapati memang sengaja dibakar, jadi kita serah kepada polis bagi tindakan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Ops Siaga Raya 2026 Sempena Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa H'ng Mooi Lye.

Terdahulu media melaporkan wanita bersama anak angkatnya ditemukan rentung manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kebakaran dalam kejadian pada jam 9.41 pagi membabitkan sebuah rumah berkembar.

Mangsa, Hayani Yaakob, 50-an, dan anak angkatnya, Andra, 5, ditemukan rentung di ruang tamu berhampiran pintu keluar utama.

Susulan itu, polis menahan anak lelaki kepada wanita terbabit yang berusia 20-an.

Kes yang awalnya diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lanjut, Mohamad Shoki berkata, seramai 670 pegawai dan anggota akan bertugas sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ia bagi memastikan kesiapsiagaan JBPM dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang sering berlaku semasa musim perayaan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 8:35pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1322154/bomba-sahkan-kebakaran-korbankan-dua-nyawa-di-butterworth-perbuatan-khianat




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 09:19 AM | Show all posts
ok tp motip sampai skg tak tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.105209 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list