CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11847|Reply: 0

[Sarawak] Wanita kerugian RM1.5 juta akibat 'phone scam'

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:44 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang wanita berusia 47 tahun mengalami kerugian lebih RM1.5 juta akibat penipuan melalui panggilan telefon atau 'phone scam', baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu (gambar) berkata, mangsa telah diperdaya oleh suspek sejak 23 Disember 2025 selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disambungkan ke panggilan yang kononnya melibatkan pejabat polis lain serta pihak mahkamah.

“Suspek seterusnya memaksa mangsa membuat sebanyak 18 transaksi pindahan wang ke tujuh akaun berbeza sebelum mangsa menyedari penipuan itu pada 1 Februari 2026,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan antara satu hingga sepuluh tahun, sebat, dan denda.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan segera menamatkan panggilan mencurigakan serta tidak memberikan sebarang maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil yang tidak dikenali,” ujarnya.

Orang ramai juga digalakkan menghubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan serta menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan.

Semakan boleh dilakukan melalui portal rasmi Portal Semak Mule PDRM di pautan https://semakmule.rmp.gov.my.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh dibuat melalui Hotline JSJK Sarawak di talian 011-62890089 atau e-mel [email protected] serta Hotline 997 National Scam Response Center (NSRC) yang beroperasi 24 jam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.161960 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list