CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26593|Reply: 0

[Sarawak] Peruntukan penyelenggaraan jalan di Sarawak, Sabah naik 300 peratus

[Copy link]
Post time 9-2-2026 11:35 AM | Show all posts |Read mode


Nanta (dua kanan) melakukan cabutan undi semasa proses pelantikan kontraktor, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi Datuk Dzulkarnaen Ahmad (kanan).

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah meminggirkan Sarawak dan Sabah dalam soal penyelenggaraan jalan persekutuan, sebaliknya memperuntukkan dana jauh lebih besar bagi tahun 2026 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi tahun 2026, Sarawak dan Sabah masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM200 juta, meningkat 300 peratus berbanding hanya RM50 juta setahun pada 2024 dan 2025.

“Sebelum ini ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan MADANI tidak adil kepada Sarawak dan Sabah, jalan di sini tidak diselenggara dengan baik.

"Hari ini saya mahu jelaskan dengan fakta,  tahun 2026 kita luluskan peruntukan RM200 juta untuk Sarawak dan RM200 juta untuk Sabah. Ini peningkatan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Tawaran Cabutan Undi Kerja Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak Tahun 2026 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini hari ini.



Nanta (kiri) bercakap pada sidang media selepas cabutan undi kerja. Turut kelihatan Jurutera Awam Kanan Sektor Aset JKR Sarawak Jacklyn Wong Siew Ing.

Menurut Nanta, peruntukan tersebut disalurkan di bawah Program Memperkasa Kontraktor Bumiputera G1 hingga G4, melibatkan 141 kerja penyelenggaraan di Sarawak, iaitu 95 kerja Berkala Pavemen (BP) dan 46 kerja Berkala Bukan Pavemen (BPP).

Daripada jumlah keseluruhan RM200 juta itu, sebanyak RM174.6 juta diperuntukkan bagi kerja BP dan RM25.4 juta bagi kerja BPP, yang dilaksanakan melalui syarikat konsesi DAL HCM Sdn Bhd.

Beliau berkata, agihan kerja dibuat berdasarkan keperluan sebenar di lapangan, bukan secara sewenang-wenangnya, dengan pecahan empat kerja kepada kontraktor G1, 25 kerja G2, 47 kerja G3 dan 65 kerja G4.

“Di Sarawak, hampir 100 peratus kontraktor G4 yang layak mendapat kerja. Daripada 67 syarikat G4 yang mendaftar, 65 berjaya mendapat tawaran. Ini menunjukkan peluang yang sangat luas diberikan kepada kontraktor tempatan,” katanya.

Tambah beliau, seramai 385 kontraktor Bumiputera yang memenuhi kriteria pendaftaran CIDB, rekod prestasi dan pemilikan Sijil Taraf Bumiputera telah menyertai proses cabutan undi yang dikendalikan secara telus dan adil oleh Jawatankuasa Cabutan Undi.

Skop kerja penyelenggaraan BP meliputi kerja-kerja seperti mill and pave, Cold In-Place Recycling (CIPR), overlay dan pembinaan semula jalan, manakala kerja BPP merangkumi aspek keselamatan dan estetika jalan seperti garisan jalan, papan tanda, road kerb dan sistem perparitan.

Dalam pada itu, Nanta mengingatkan semua kontraktor agar melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti, memandangkan dana yang diperuntukkan adalah besar dan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kalau kerja tidak dibuat dengan baik, yang terkesan adalah rakyat. Jika berlaku kemalangan atau kehilangan nyawa, kita semua berdosa. KKR dan JKR tidak akan berkompromi terhadap kualiti,” tegasnya.

Beliau berkata, pemantauan rapi akan dilakukan oleh JKR Sarawak dan kontraktor yang gagal mematuhi spesifikasi, melakukan subkontrak tanpa kelulusan atau menghasilkan kerja berkualiti rendah boleh dikenakan tindakan termasuk disenarai hitam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.250764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list