CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 35997|Reply: 0

[Sarawak] Pencarian waris buku terbitan Biro Kesusasteraan Borneo

[Copy link]
Post time 7-2-2026 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak sedang melaksanakan penerbitan semula buku-buku terbitan Biro Kesusasteraan Borneo.

Usaha ini bagi memastikan kelangsungan pemeliharaan, pendokumentasian dan pelestarian bahan khazanah sastera rakyat Sarawak.

Sebagai permulaan, sebanyak lima buah buku cerita rakyat dalam bahasa Iban sedang diterjemahkan ke bahasa Melayu iaitu buku berjudul buku Dilah Tanah ditulis oleh Andria Ejau, buku Keling Nyumpit ditulis oleh George Jenang, buku Pong- Kapong ditulis oleh Kadir Umbat, buku Adi Pau ditulis oleh Dunstan Entingi dan buku Jengkuan-Taju Ramaung ditulis oleh Joseph Achek.

“Sehubungan itu, DBP Cawangan Sarawak berusaha untuk mengesan waris kepada penulis buku-buku tersebut bagi melancarkan proses penerbitan semula buku-buku terbitan Biro Kesusasteraan Borneo,” menurut kenyataan DBP.

Usaha mengesan waris bukan sekadar urusan perundangan, tetapi satu tanggungjawab moral untuk memelihara amanah intelektual para penulis terdahulu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penulis buku tersebut atau yang mengenali waris kepada penulis buku, sila hubungi pihak DBP melalui talian 082-227000 atau e-mel [email protected] atau [email protected].




Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 7297 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048864 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list