CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31628|Reply: 1

[Perlis] Geng Rahim Burma aktif pecah rumah tumpas

[Copy link]
Post time 31-1-2026 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Geng Rahim Burma aktif pecah rumah tumpas

Aizat Sharif[email protected]





Ahmad Mohsin (dua dari kiri) menunjukkan rampasan barang kemas, wang tunai pelbagai mata wang asing serta Ringgit, jam tangan, telefon bimbit serta peralatan pecah rumah yang dirampas dari Geng Rahim Burma di IPD Arau. FOTO AIZAT SHARIF




Arau: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Rahim Burma yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar Perlis sejak setahun lalu selepas menahan 11 individu termasuk sembilan warga Myanmar di Kuala Lumpur dan Perlis pada pertengahan bulan ini.

Kumpulan berkenaan yang turut dianggotai tiga wanita di mana salah seorangnya adalah warga Indonesia dipercayai terbabit dengan 15 kes pecah rumah di negeri ini termasuk mangsa adalah seorang yang bergelar Datuk.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kumpulan berkenaan dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan tahun lalu hingga awal tahun ini dengan sebahagian daripada anggotanya bekerja sebagai pekerja pembinaan rumah di sekitar Perlis.

"Terdapat tiga laporan yang kita terima pada 6 Disember serta 2 Januari lalu berkenaan kes pecah rumah di sekitar Mata Ayer dan Arau dan susulan itu kita melancarkan Op Pintu bagi memburu suspek yang terbabit dalam kes ini.

"Siasatan awal kita membawa kepada penangkapan pertama pada 16 Januari lalu apabila menahan tujuh individu, enam daripadanya adalah warga Myanmar termasuk seorang wanita manakala seorang lagi pula adalah wanita warga Indonesia yang disyaki terbabit sama.

"Seterusnya, pada 23 dan 24 Januari lalu, tangkapan susulan dijalankan di Cheras, Kuala Lumpur membabitkan tiga lelaki di mana dua daripadanya adalah warga Myanmar dan seorang lagi adalah warga tempatan serta seorang lagi wanita warganegara Myanmar yang turut disyaki terbabit dalam kes pecah rumah berkenaan serta pemilikan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang digunakan dalam kes itu," katanya.

Katanya, semua suspek berusia sekitar 30-an dan rekod menunjukkan dalang kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Rahim itu pernah terbabit dengan empat rekod lampau kejadian sama di Mentakab, Pahang.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan bertindak atas kepakaran mereka sebagai tukang rumah dan buruh binaan, anggota kumpulan ini termasuk dalang atau ketuanya ini akan meninjau rumah yang tidak berpenghuni di sekitar kawasan tanah lot atau tanah persendirian di sekitar Perlis ini beberapa kali untuk mengenalpasti pemilik atau penghuni rumah.

"Apabila mereka yakin bahawa rumah berkenaan tiada penghuni, mereka akan memanggil rakan mereka di Kuala Lumpur untuk menyertai memecah masuk rumah yang menjadi sasaran mereka dan kebanyakan kes dilakukan pada waktu malam," katanya.

"Dalam serbuan ini juga, kita turut merampas pasport Indonesia, pelbagai peralatan yang digunakan termasuk sebuah MPV Perodua Alza berwarna putih serta barangan yang dilarikan semasa kejadian pecah masuk itu seperti barang kemas, telefon bimbit, matawang pelbagai negara dari Amerika Syarikat, Singapura, Vietnam, China, Australia, New Zealand, Republik Ireland serta Mesir dan Malaysia.

"Rampasan dianggarkan bernilai hampir RM100,000 dan suspek kini masih direman bagi siasatan di daerah lain di sekitar Perlis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457, 414 dan 411 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah dengan niat mencuri, menolong menyembunyikan harta curi, dan menerima harta curi secara tidak jujur.



Disiarkan pada: Januari 31, 2026 @ 4:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1317538/geng-rahim-burma-aktif-pecah-rumah-tumpas




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 05:53 PM | Show all posts
Arau: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Rahim Burma yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar Perlis sejak setahun lalu selepas menahan 11 individu termasuk sembilan warga Myanmar di Kuala Lumpur dan Perlis pada pertengahan bulan ini.

Bela rohongok ini la korang dapat balasannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056325 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list