CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32124|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ayam goreng tepung punca 12 murid alami keracunan

[Copy link]
Post time 31-1-2026 03:40 AM | Show all posts |Read mode
Ayam goreng tepung punca 12 murid alami keracunan

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
30 Januari 2026 05:39pm





Mohammad Dziauddin.






KEPALA BATAS – Seramai 12 murid di sebuah sekolah  dilaporkan mengalami gejala disyaki keracunan makanan selepas mengambil makanan dari kantin sekolah berkenaan pada 23 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohammad Dziauddin Mat Saad berkata, kluster tersebut melibatkan murid Tahap 2 iaitu Darjah Empat hingga Enam dengan jumlah murid terdedah seramai 604 orang manakala kadar serangan direkodkan sebanyak 1.98 peratus.


Menurutnya, notifikasi awal diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah sebelum siasatan lapangan dijalankan pada hari sama oleh Unit Kawalan Penyakit Berjangkit bersama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Pegawai Teknologi Makanan.

“Hasil siasatan mendapati murid terlibat mengalami simptom seperti muntah, sakit perut, cirit-birit, sakit kepala dan demam,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Tambahnya, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKDSPU) memaklumkan, agen penyebab yang disyaki ialah Staphylococcus Aureus yang mana, ayam goreng tepung dikenal pasti sebagai makanan yang berkemungkinan menjadi punca utama kejadian tersebut.

"Siasatan turut mengenal pasti beberapa faktor risiko termasuk pekerja kantin yang kurang berpengalaman susulan pelaksanaan tender baharu, kekurangan tenaga kerja, aduan makanan tidak dimasak dengan sempurna serta risiko pencemaran silang semasa pengendalian makanan.\

"Susulan itu, pemeriksaan premis kantin telah dijalankan dan mendapati rating kebersihan berada pada tahap 78.16 peratus selain satu notis kesalahan dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan selepas bukti kehadiran lipas ditemui," katanya lagi.

Tambah beliau, PKDSPU turut mengeluarkan Perintah Penutupan Premis ke atas dapur kantin sekolah berkenaan di bawah Seksyen 18(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 23 Januari sehingga siasatan selesai.

"Selain itu, arahan tindakan pembetulan telah diberikan kepada pengusaha makanan, pengesanan kes secara aktif diteruskan serta pendidikan kesihatan berkaitan keselamatan makanan disampaikan kepada guru dan pengendali kantin.





"Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan pihak JPN Pulau Pinang.

“Kami memberi kerjasama penuh kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah dalam siasatan yang dijalankan dan akan memastikan semua garis panduan keselamatan serta kebersihan makanan di sekolah dipatuhi sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan warga sekolah agar sentiasa peka terhadap aspek kebersihan makanan dan segera melaporkan sebarang isu yang boleh menjejaskan kesihatan murid.

https://www.sinarharian.com.my/article/766196/edisi/utara/ayam-goreng-tepung-punca-12-murid-alami-keracunan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kuku78fakku
Views : 1313 Replies : 1
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat!
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 2787 Replies : 3
kukku
kuku78fkukku
Views : 3132 Replies : 0
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 21169 Replies : 8
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43531 Replies : 78
Cikgu Wanita dikenakan 'probation' dan denda kerana merogol pelajar lelaki 17 tahun 4 jam
YgBenarCikgu Wanita dikenakan 'probation
Views : 7352 Replies : 15
gojo travel tips
saturo1gojo011gojo travel tips
Views : 4546 Replies : 0
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4467 Replies : 55
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15535 Replies : 9
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24697 Replies : 73

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048271 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list