CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38053|Reply: 0

[Kedah] Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan

[Copy link]
Post time 30-1-2026 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan

BERNAMA - Januari 30, 2026 @ 4:02pm





Foto hiasan.



ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan empat lelaki selepas bot mencandat sotong dinaiki terbalik di perairan Pulau Rebak dekat Langkawi, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 5.05 pagi.

"Sebaik menerima panggilan, Bot Penggalang 11 digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat empat lelaki tempatan yang semuanya berusia 18 tahun itu dimulakan.

"Mangsa berjaya ditemui jam 6.10 pagi dalam keadaan selamat selepas berpaut pada pelampung sementara menunggu bantuan tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua mangsa dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.30 pagi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1503490/bot-terbalik-4-pencandat-sotong-berpaut-pelampung-tunggu-diselamatkan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.219527 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list