CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11262|Reply: 5

[Sabah] Maritim Malaysia rampas tujuh tan minyak sawit mentah di Sandakan

[Copy link]
Post time 28-1-2026 12:20 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Pasukan Maritim Malaysia menjalankan pemeriksaan dan merampas bot berkenaan.

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot yang disyaki membawa muatan minyak sawit mentah tanpa kebenaran sah di perairan Sandakan, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 12.55 tengah malam oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera, Op Pluto Timur, Op Cegah PATI dan Op Tiris.

Katanya, bot berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pada kedudukan kira-kira 0.8 batu nautika tenggara dari Kampung Gas.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bersama seorang lelaki warga asing berusia 42 tahun.

“Juragan bot berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan dan pengangkutan minyak sawit mentah berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, bot berkenaan membawa kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah yang disyaki tanpa permit atau kebenaran sah daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) kerana gagal mempamerkan Ikrar Pergerakan Domestik MPOB.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga (Kapal Kecil Berlesen Sabah) 2008 atas kesalahan gagal mempamerkan lesen, tidak mempamerkan nombor pendaftaran dan membawa muatan minyak sawit mentah tanpa kebenaran.

“Kesemua individu yang ditahan bersama bot dan muatan dianggarkan bernilai RM75,000 telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia dengan kerjasama pihak MPOB,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperketatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

“Orang awam diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2026 12:44 PM | Show all posts
​​​​​​​Lelaki mengaku salah guna dadah dipenjara, diawasi polis
Januari 27, 2026, Selasa - 3:46pm

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine secara berulang.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis dua tahun.

Tertuduh, Johnny Teo, 53, dari Pujut Padang Kerbau di sini, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C (1) (b) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebat tidak melebihi tiga kali.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine serta turut mempunyai tiga rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 masing-masing bertarikh 2 Ogos 2022 dan 4 Julai 2023 (dua kes).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.15 malam, 7 November 2023 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Setelah mendengar pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 2 Mei 2024 dan dikecualikan daripada hukuman sebat mengikut Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Sahrol Bahar di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2026 12:55 PM | Show all posts
​​​​​​​Penagih tegar kena lima tahun dan satu sebatan
Januari 27, 2026, Selasa - 3:34pm

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun berserta satu sebatan ke atas seorang penagih tegar atas kesalahan berulang membabitkan penyalahgunaan dadah.

Hakim Musyiri Peet yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Yong Ruey Shyang, 46, turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu 21 Januari 2026.

Tertuduh yang mempunyai dua kesalahan lampau sebelum ini turut diarahkan berada di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Yong terdahulu didakwa menyalahgunakan dadah amphetamine dan methamphetamine ketika ditahan di Balai Polis Sungai Merah pada 22 Julai 2025, kira-kira jam 1.30 petang.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dihukum di bawah Seksyen 39C(1), Akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang lima tahun serta tidak lebih tujuh tahun dan juga tidak lebih tiga kali sebatan.

Fakta kes menyatakan pada 22 Julai 2025, kira-kira jam 1.30 tengah hari pihak polis telah menahan tertuduh kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati tertuduh positif dadah dan analisis terhadap spesimen air kencing oleh Jabatan Patologi mendapati ia mengandungi dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Siasatan juga mendapati tertuduh mempunyai dua kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry, sementara tertuduh tidak diwakili.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2026 12:59 PM | Show all posts
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lepas, bebas dua sekawan daripada tuduhan bunuh pada 2019
Januari 27, 2026, Selasa - 1:26pm

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu yang melepas dan membebaskan dua sekawan daripada pertuduhan membunuh seorang pemuda berusia 27 tahun di Serian pada 2019, selepas menolak rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Ismail Brahim dan Muniandy Kannyappan memutuskan demikian terhadap dua sekawan itu yang kini masing-masing berusia 24 dan 23 tahun (responden) selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Mahkamah antara lain memutuskan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan termasuk jurang material, percanggahan serta kelemahan dalam kes pendakwaan, adalah tidak selamat untuk memanggil kedua-dua responden untuk membela diri.

Sehubungan itu juga, panel tiga hakim itu sebulat suara bersetuju bahawa tiada alasan kukuh untuk mencampuri atau mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah terdahulu.

Kedua-dua responden yang masing-masing berusia 17 dan 16 tahun pada waktu kejadian (2019) serta diklasifikasikan sebagai pesalah kanak-kanak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Mereka didakwa membunuh seorang pemuda pada 22 September 2019, antara jam 2.45 hingga 3.50 pagi di tengah jalan antara Kampung Resak dan Kampung Diang, Serian.

Pada 20 Februari 2024, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Dr Alwi Abdul Wahab mendapati pendakwaan gagal menubuhkan kes prima facie terhadap dua sekawan tersebut setelah memanggil 20 saksi, seterusnya melepas dan membebaskan mereka tanpa perlu membela diri.

Beliau antara lainnya berkata, berlaku percanggahan dalam keterangan salah seorang saksi kes tersebut sehingga ia tidak boleh diterima oleh mahkamah.

Jelasnya, bukti dikemukakan oleh saksi tersebut mempunyai kelemahan, percanggahan dan tidak layak diberi kredit.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 26 September 2024.

Pendakwaan bagi kes di Mahkamah Rayuan pada Isnin dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim@Husaini, sementara responden masing-masing diwakili peguam Jong Yee Ling dan Osman Ibrahim.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2026 01:01 PM | Show all posts
Lelaki mengaku bersalah merokok di kawasan larangan
Januari 26, 2026, Isnin - 8:21pm

KUCHING: Seorang lelaki berusia 51 tahun didenda RM500 atau lima hari penjara jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Majistret Lundu hari ini kerana merokok di kawasan larangan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lundu.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, dibaca bersama Seksyen 16(3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, tertuduh telah dikeluarkan notis kesalahan selepas didapati merokok di Kompleks ICQS Lundu pada September tahun lalu.

Dia diberikan tempoh dua bulan untuk hadir ke mana-mana Pejabat Kesihatan bagi pengeluaran kompaun namun gagal berbuat demikian, menyebabkan kes tersebut dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Selain itu, tertuduh tidak dapat dihubungi ketika Pejabat Kesihatan Daerah Lundu cuba membuat susulan berhubung kompaun berkenaan.

Pegawai pendakwa daripada Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching Mohd Fairos Ibrahim memohon hukuman berbentuk pencegahan dikenakan.

“Ia bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya lebih peka terhadap kawasan larangan merokok yang telah diwartakan,” katanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2026 01:06 PM | Show all posts
16 Mac tarikh sebutan baharu kes bekas setiausaha politik palsukan tandatangan
Januari 26, 2026, Isnin - 6:16pm
  
KUCHING: Satu tarikh sebutan baharu telah ditetapkan bagi kes melibatkan seorang bekas setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak yang didakwa memalsukan tandatangan dalam Daftar Rasmi berkaitan satu kes probet.

Tarikh sebutan kes tersebut ditetapkan pada 16 Mac, susulan permohonan penjadualan semula oleh peguam bela tertuduh, Lim Heng Choo dan Roger Chin di hadapan Majistret Ling Hui Chuan di Mahkamah Terbuka di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani hadir bagi pihak pendakwaan semasa prosiding berlangsung.

Tandatangan yang didakwa dipalsukan itu dipercayai milik seorang ahli keluarga kepada seorang pemaju hartanah dan tokoh perniagaan terkemuka yang meninggal dunia pada 2020.

Tertuduh telah didakwa di hadapan Majistret Ling pada 23 Oktober 2024 di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selepas mengaku tidak bersalah, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin secara tunai sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memalsukan tandatangan pada Daftar Rasmi (Borang 13 yang ditetapkan di bawah Subperaturan 14(2), Peraturan Pesuruhjaya Sumpah 2018) di sebuah premis di Jalan Chan Bee Kiew off Jalan Padungan, pada 18 November 2020.

Tarikh perbicaraan kes telah ditetapkan pada 15 April dan 20 April.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.994667 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list