CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9614|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dua lelaki merompak dengan menyamar pegawai Imigresen tidak mengaku salah

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki merompak dengan menyamar pegawai Imigresen tidak mengaku salah

Nur Izzati Mohamad[email protected]





GAMBAR HIASAN




Butterworth: Dua lelaki yang ditahan polis kerana disyaki melakukan samun berkumpulan dengan menyamar pegawai Imigresen tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh, Azli Ismadi Mat Saad, 32, dan P Sanjay Kumar, 38 memohon kes mereka dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama empat individu yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata pisau terhadap Mohamad Roshid Bosi Rahmat, pemegang kad UNHCR bernombor 354-16C00131 termasuk melarikan seutas rantai emas, sebuah telefon bimbit jenama Realme GT dan wang tunai RM3,000 milik mangsa.

Kesalahan itu didakwa didakwa dilakukan di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 10.30 pagi, pada 13 Januari lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Seksyen 395 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadhirah Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Nadhirah tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka merayu supaya jaminan ringan dikenakan dengan salah seorang memberitahu mahkamah dia seorang pemandu lori berpendapatan RM2,500 sebulan perlu menanggung tiga anak masih kecil.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen.

Terdahulu, media melaporkan polis berjaya menumpaskan satu kumpulan samun yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan susulan penahanan dua lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dilaporkan berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun berkumpulan yang berlaku di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Tengah pada 13 Januari kira-kira jam 10.30 pagi.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun memaklumkan enam lelaki berpakaian gelap dan memakai pelitup muka menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X70 berhenti di hadapan rumahnya.

"Lima suspek kemudiannya masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen sebelum menggeledah kediaman terbabit.

"Suspek turut mengacukan sebilah parang dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit dengan anggaran kerugian sekitar RM4,000," katanya.



Disiarkan pada: Januari 28, 2026 @ 11:19am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316280/dua-lelaki-merompak-dengan-menyamar-pegawai-imigresen-tidak-mengaku-salah




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2026 01:49 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.933362 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list