CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9582|Reply: 0

[Sarawak] MA63 bukan tentang senarai industri, sebaliknya melindungi hak dan undang-undang Sarawak

[Copy link]
Post time 28-1-2026 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-1-2026 11:35 AM



Ahmad menyampaikan bahas pada sidang Dewan Negara sebelum ini.

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditegaskan bukan tentang menyenaraikan industri, sebaliknya tentang memelihara hak dan undang-undang Sarawak sebagaimana yang wujud pada tahun 1963 yang tidak boleh diketepikan oleh perundangan Persekutuan kemudian tanpa kuasa perlembagaan yang sewajarnya.

Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim menegaskan walaupun secara teknikalnya benar bahawa MA63 tidak menyatakan secara jelas pemilikan minyak dan gas namun MA63 tidak pernah dimaksudkan sebagai suatu undang-undang yang menyenaraikan sektor demi sektor.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak, Ahmad berkata tujuan teras MA63 ialah untuk melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak dan Sabah sebagaimana yang wujud pada ketika pembentukan Malaysia.

Ia juga tegasnya untuk memastikan ia tidak diketepikan oleh undang-undang Malaya sebelum Malaysia atau oleh undang-undang Persekutuan yang digubal selepas 1963 tanpa melalui proses perlembagaan yang sewajarnya.

"Ketiadaan istilah khusus tidak menafikan perlindungan tersebut.

“Sebaliknya, MA63 hendaklah dibaca sebagai suatu jaminan perlembagaan bahawa hak-hak negeri-khususnya berkaitan tanah dan sumber-kekal terpelihara melainkan dipinda secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

"Mereduksi MA63 kepada apa yang tidak disenaraikannya berisiko mengabaikan kedua-dua niat dan kesan perundangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa MA63 tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas dan juga tidak mengawal peranan entiti petroleum seperti PETRONAS atau PETROS.

Ahmad menambah, untuk penjelasan, isu ini bukanlah mengenai dakwaan bahawa MA63 secara eksplisit memperuntukkan minyak dan gas secara khusus.

Sebaliknya tegas beliau, ia berkaitan dengan pengiktirafan bahawa MA63 memelihara secara perlembagaan hak dan undang-undang sedia ada Sarawak, dan bahawa undang-undang Persekutuan yang digubal selepas 1963 tidak secara automatik mengatasi hak-hak tersebut.

"Isunya ialah kesinambungan perlembagaan dan proses yang sah di sisi undang-undang, bukannya soal semantik," jelasnya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037629 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list