CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10790|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Malaysia memerlukan umur kemasukan Tahun Satu yang seragam

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:36 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Malaysia memerlukan umur kemasukan Tahun Satu yang seragam dan dikuatkuasakan dengan jelas.

Aktivitis sosial tempatan Voon Shiak Ni (gambar) berkata ia bagi memastikan keadilan, mengelakkan diskriminasi serta menyokong kesediaan mental dan perkembangan kanak-kanak untuk memulakan persekolahan.

Beliau berkata keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menidakkan cadangan pelaksanaan ujian diagnostik ke atas kanak-kanak berumur enam tahun sebagai syarat kemasukan ke Tahun Satu, satu langkah yang positif.

Menurutnya ujian ini berisiko memberikan tekanan boleh dielakkan kepada kanak-kanak pada peringkat perkembangan yang amat penting.

"Bagi menangani isu ini secara lebih konstruktif, rakyat menggesa KPM segera menjelas dan menyeragamkan umur rasmi kemasukan murid Tahun Satu di seluruh negara.

"Rangka dasar sedia ada, yang membenarkan kemasukan pada umur sama ada enam atau tujuh tahun bergantung kepada tafsiran dan budi bicara, telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa.

"Keadaan ini juga menyebabkan pelaksanaan yang tidak konsisten antara sekolah, sekali gus membuka ruang kepada layanan dan akses yang tidak sama rata dalam sistem pendidikan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan.

Voon berkata sebagai sebuah sistem pendidikan yang ditadbir secara berpusat, Malaysia mesti menegakkan prinsip keseragaman dan keadilan dalam akses kepada pendidikan rendah.

Menurutnya ketetapan umur kemasukan ke Tahun Satu yang tidak jelas dan tidak dikuatkuasakan secara menyeluruh akan mengakibatkan ketidakseimbangan, kanak-kanak daripada kohort kelahiran yang sama ditempatkan dalam tahun akademik yang berbeza.

"Ketidakselarasan ini menimbulkan persepsi diskriminasi dan memberi tekanan yang tidak perlu kepada keluarga untuk mendaftarkan anak lebih awal, tanpa mengambil kira tahap kesediaan perkembangan mereka.

"Dari sudut pendidikan, kelas yang terdiri daripada murid berlainan umur dengan jurang perkembangan yang ketara turut menimbulkan cabaran kepada guru dalam mengurus hasil pembelajaran, disiplin bilik darjah, serta kesejahteraan murid," ujarnya.

Kata Voon lagi penetapan umur kemasukan standard akan membolehkan pendidik dan ibu bapa memantau serta menyokong perkembangan kognitif, emosi serta sosial murid dengan lebih berkesan pada peringkat awal pendidikan formal ini.

Penyeragaman umur kemasukan juga katanya, memastikan kanak-kanak memasuki Tahun Satu pada usia sesuai dengan tahap perkembangan mental dan emosi mereka, sekali gus mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih sihat dan berkesan dalam jangka panjang.

"Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan digesa untuk menetapkan satu umur rasmi kemasukan Tahun Satu yang jelas dan seragam.

"Sekiranya umur enam tahun ditetapkan sebagai umur kemasukan, maka semua kanak-kanak perlu dibimbing dan dipersiapkan secara menyeluruh untuk memasuki sistem persekolahan pada usia tersebut," katanya.

Pada masa sama beliau berkata dicadangkan supaya dasar baharu ini dikuatkuasakan pada satu tarikh  lebih lewat, dengan mengambil kira kohort kanak-kanak berumur lima dan enam tahun pada masa ini yang mungkin belum bersedia sepenuhnya untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu.

Tempoh peralihan yang munasabah akan membantu ibu bapa dan pihak sekolah membuat penyesuaian dengan lebih lancar, tambahnya.

"KPM juga digesa menyampaikan dasar baharu ini dengan jelas dan konsisten kepada pihak sekolah, pendidik dan ibu bapa.

"Kejelasan dan keseragaman dalam perkara ini amat penting bagi melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak, mengurangkan ketidaksamaan sistemik, serta memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap tadbir urus pendidikan di Malaysia," tambah Voon.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 11:12 AM GMT+8 , Processed in 1.383412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list