CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19202|Reply: 0

[Sarawak] Wanita rugi RM456,000 ditipu individu menyamar kakitangan NSRC, polis

[Copy link]
Post time 26-1-2026 10:22 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Seorang wanita berusia 38 tahun kerugian RM456,000 setelah ditipu seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dan pegawai polis berhubung dakwaan kes jenayah tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pada 5 Disember 2025, ketika mangsa sedang bercuti di rumah keluarganya.

Menurutnya, mangsa telah dihubungi oleh seorang suspek melalui nombor telefon 016-4599918 yang menyamar sebagai kakitangan NSRC, sebelum disambungkan ke talian 011-12487124 mengatakan dari pihak polis.

“Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan mendakwa kononnya terdapat satu kes jenayah yang dikaitkan atas nama mangsa.

“Mangsa yang terpedaya seterusnya membuat 13 kali transaksi pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza atas alasan untuk membersihkan wang miliknya, dengan jaminan wang tersebut akan dipulangkan semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Alexson, mangsa mula sedar dirinya ditipu selepas membuat semakan di portal rasmi Semak Mule PDRM dan seterusnya tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Berikutan itu, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM456,000,” katanya.

Kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Alexson dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk tidak panik dan menamatkan panggilan mencurigakan dengan segera, selain tidak memberikan sebarang maklumat peribadi serta perbankan kepada pemanggil tidak dikenali.

“Sila hubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan. Orang ramai juga boleh menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan di portal rasmi Semak Mule PDRM di pautan https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui panggilan hotline NSRC 997, mesej atau WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak melalui talian 011-62890089 atau hubungi [email protected].


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kukuku89kuku
Views : 1819 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4041 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 4547 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036395 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list