CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17818|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Kinabatangan mahu keluar dari daerah termiskin di Malaysia

[Copy link]
Post time 26-1-2026 10:07 AM | Show all posts |Read mode


JAUJAN

KOTA KINABALU: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan membuktikan rakyat mahu pembaharuan.

Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Jaujan Sambakong berkata, Kinabatangan merupakan antara salah satu daripada lapan daerah termiskin di Malaysia.
Katanya, dengan kemenangan BN di kawasan itu, rakyat sudah pasti mahukan pembaharuan yang nyata.

"Jangan berbangga dengan kemenangan tetapi usaha keras perlu dilakukan segera kerana masalah tiga serangkai sangat memberikan kesan kepada kehidupan rakyat di kawasan itu.

"Sudah enam penggal BN memenangi kawasan itu, tetapi masalah tiga serangkai tidak pernah diselesaikan, sekali gus menjadikan kawasan itu antara daerah termiskin di Malaysia," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan berkata, sokongan rakyat kepada BN membuktikan rakyat di kawasan itu mahu masalah air, tenaga elektrik, jalan raya, sekolah serta kemudahan asas yang lain diselesaikan secara tuntas.

Menurutnya, tidak dinafikan rakyat di DUN Lamag, Sukau dan Kuamut dalam Parlimen Kinabatangan mahukan perubahan demi masa depan yang mampan.

"Kita mendapati penduduk di kawasan ini masih tidak mempunyai bekalan air, ada terdapat mereka hanya menggunakan air dari sungai, air hujan dan sebagainya untuk dijadikan kegunaan harian.

"Kita di parti menerima keputusan yang dibuat rakyat, dan BN harus bertanggungjawab penuh untuk membangunkan Kinabatangan agar rakyatnya terbela dalam negara ini," katanya.

Beliau mencabar BN dan UMNO agar mengeluarkan Kinabatangan daripada antara daerah termiskin dari Malaysia.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.957780 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list