CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17631|Reply: 0

[Johor] Kebakaran tanah gambut, dua keluarga dipindahkan

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:57 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba memadam kebakaran tanah gambut di i Jalan Sungai Kapal berhampiran Taman Bayu Damai. FOTO Ihsan Bomba.

Kota Tinggi: Dua keluarga di Taman Bayu Damai, di sini terpaksa dipindahkan sementara ke tempat selamat susulan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, keluarga terbabit terdiri daripada empat dewasa dan dua kanak-kanak, ditempatkan sementara di Balai Komuniti Teluk Empang.

Katanya, ia berikutan jarak rumah mereka yang terlalu hampir dengan lokasi kebakaran dan berisiko terdedah asap tebal.

"Saya telah turun meninjau beberapa lokasi kebakaran terbuka yang berlaku susulan cuaca panas dan angin kencang di sekitar Taman Bayu Damai dan Lepau.

"Operasi pemantauan serta kawalan kebakaran sedang giat dilaksanakan oleh bombamembabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, BBP Sebana Cove, BBP Sungai Rengit, BBP Bandar Penawar, BBP CEFS RAPID Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit.

"Bagi penduduk yang terkesan, kita nasihat supaya mereka berpindah sementara demi keselamatan diri dan keluarga. Kerjasama semua pihak amat dihargai dan orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada serta mengelak sebarang aktiviti pembakaran terbuka, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan berangin ketika ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri berkata, kebajikan dua keluarga yang dipindahkan sementara ditanggung sepenuhnya Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat.

Sementara itu, Komander Operasi BBP Punggai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Shahrizan Selamat berkata, dianggarkan lebih empat hektar kawasan tanah gambut terbakar.

"Sehingga kini, 57 peratus iaitu kira-kira dua hektar tanah yang terbakar sudah berjaya dipadamkan. Keadaan tiupan angin membawa asap tebal ke kawasan perumahan Taman Bayu Damai," katanya memaklumkan operasi pemadaman terbahagi kepada Sektor A dan B.

Bagaimanapun ketika ini kawasan tumpuan pemadaman terarah kepada Sektor B disebabkan tiupan angin kuat dan asap memasuki kawasan penempatan, manakala punca air di kawasan Sektor A agak jauh.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.506217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list