CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15817|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Simpang Matahari Heights berdarah lagi, ragut nyawa ke-5

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:52 AM | Show all posts |Read mode

PERSIMPANGAN lampu isyarat Matahari Heights, Senawang, di sini yang meragut empat nyawa sebelum ini sekali lagi menjadi lokasi kemalangan maut, malam tadi. FOTO ihsan Pembaca

Seremban: Persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Senawang, di sini, yang meragut empat nyawa sebelum ini sekali lagi menjadi lokasi kemalangan maut malam tadi.

Dalam kejadian pada 8.50 malam itu, seorang warga Nepal maut di lokasi kejadian selepas dikatakan dirempuh sebuah motosikal ketika melintas jalan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal dengan lelaki berusia 37 tahun.

"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 21 tahun dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Paroi.

"Penunggang motosikal ketika itu baru melepasi lampu isyarat Matahari Heights, Jalan Persiaran Senawang 1 yang ketika itu sedang menunjukkan lampu hijau dengan menunggang di lorong kiri.

"Tiba-tiba mangsa dikatakan melintas secara mengejut dari kiri ke kanan jalan dan penunggang motosikal tidak dapat mengelak lalu melanggarnya di lorong kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia selepas parah di kepala.

"Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mayat lelaki Nepal itu dibawa ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058356 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list