CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40113|Reply: 0

[Sarawak] Proses persempadanan semula kawasan DUN Sarawak perlu adil, telus dan bebas

[Copy link]
Post time 25-1-2026 03:16 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Proses persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu dilaksanakan secara adil, telus dan bebas daripada kepentingan politik.

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE) berkata ia khasnya susulan keputusan DUN Sarawak untuk meningkatkan jumlah kerusi daripada 82 kepada 99.

ROSE dalam satu kenyataan hari ini mengalu-alukan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa langkah seterusnya dalam proses berkenaan kini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Persempadanan semula tersebut mesti mematuhi sepenuhnya peruntukan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta mengelakkan amalan gerrymandering dan malapportionment yang boleh menjejaskan prinsip asas demokrasi.

“Berdasarkan anggaran terkini, jumlah pengundi berdaftar di Sarawak dianggarkan sekitar dua juta orang setakat Mei 2025.

“Jika prinsip kesamarataan diaplikasikan, setiap kawasan DUN seharusnya mempunyai kira-kira 20,000 pengundi,” katanya.

Namun begitu, ROSE mengakui keunikan geografi Sarawak yang meliputi keluasan kira-kira 124,450 kilometer persegi, yang memerlukan sedikit kelonggaran dalam pengagihan pengundi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun, ROSE menegaskan bahawa jurang perbezaan bilangan pengundi antara beberapa kawasan sedia ada adalah terlalu besar dan tidak munasabah.

“Sebagai contoh, DUN Gedong mempunyai sekitar 10,000 pengundi, manakala kawasan bandar seperti Senadin mencatat lebih 73,430 pengundi.

“Ini bermakna nilai undi seorang pengundi di Gedong adalah kira-kira tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding pengundi di Senadin, walaupun kedua-duanya hanya memilih seorang wakil rakyat,” menurut ROSE.

ROSE menyifatkan keadaan tersebut sebagai bercanggah dengan prinsip perwakilan yang adil dan setara.

Sehubungan itu, ROSE menggesa supaya keseluruhan peta persempadanan DUN Sarawak dilukis semula menggunakan data pengundi dan penduduk terkini di peringkat Daerah Mengundi (DM), termasuk kemungkinan memecahkan DM sedia ada bagi memastikan agihan pengundi yang lebih seimbang.

Selain itu, ROSE turut menyeru SPR agar mengadakan siri libat urus awam dan jelajah penerangan bagi membolehkan rakyat memberi maklum balas secara langsung terhadap cadangan persempadanan.

Sebagai langkah proaktif, ROSE dengan kerjasama Tindak Malaysia akan menganjurkan siri bengkel pembinaan keupayaan awam bagi memberi pendedahan kepada rakyat dan ahli parti politik mengenai proses persempadanan, hak pengundi serta kaedah mengemukakan bantahan berlandaskan perlembagaan
Bengkel tersebut akan diadakan di beberapa lokasi iaitu Bintulu (24 Januari), Kuching (31 Januari), Sibu (7 Februari), Miri (28 Februari), Sri Aman (7 Mac) dan Bau (14 Mac).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40458 Replies : 396
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 22580 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 28691 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:24 PM GMT+8 , Processed in 2.077546 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list