CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12947|Reply: 0

[Johor] Sindiket edar dadah RM1.08 juta jadikan hotel bajet transit, 'mini lab' tumpas

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:45 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bharu: Satu sindiket pengedaran dadah menjadikan hotel bajet sebagai transit dan 'mini lab' tumpas susulan penahanan dua lelaki di sebuah hotel di Danga Bay, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi.

"Hasil penahanan kedua-dua suspek di bilik hotel itu, polis merampas dadah jenis methampetamine seberat 2.25 gram; ketamin (100 gram) dan pil yaba seberat 80 gram.

"Susulan itu, kita menyerbu sebuah lagi bilik di hotel sama dan menemui dadah jenis ekstasi seberat 7.7884 kilogram serta peralatan memproses dadah.

"Selain dadah pihaknya turut merampas sebuah kereta Honda Civic bernilai RM80,000. Keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1.08 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Raub berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek sering berpindah randah di hotel-hotel bajet bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, sindiket yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu membeli dadah dalam kuantiti besar sebelum ia dibungkus semula dan dijual pada RM250 sepeket.

Kesemua dadah yang dirampas boleh menampung seramai 80,184 penagih.

Ujarnya lagi, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah selain ujian air kencingnya positif dadah jenis methampetamine.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 1.324474 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list