CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 75978|Reply: 7

[Tempatan] Ulat kereta sewa haram KLIA raih hingga RM1,000 sehari

[Copy link]
Post time 22-1-2026 10:38 PM | Show all posts |Read mode



Ulat kereta sewa haram KLIA raih hingga RM1,000 sehariIndividu yang dikesan melakukan kesalahan berulang sebagai ‘ulat’ dengan menawarkan khidmat kereta sewa haram di KLIA akan berdepan tindakan lucut hak kenderaan. - Foto hiasan NSTP

SEPANG: Pengendali kereta sewa haram atau dipanggil 'ulat' khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 dikatakan mampu meraih pendapatan lumayan antara RM500 hingga RM1,000 sehari sehingga menyebabkan kegiatan itu terus berleluasa.

Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata perkara itu diketahui susulan tindakan penguatkuasaan berterusan pihaknya.

"Berdasarkan siasatan yang kami lakukan, satu hari mereka boleh dapat antara RM500 hingga RM1,000.
"Jadi kalau katakan mereka buat aktiviti ini berterusan 20 hari dalam sebulan, mereka sudah boleh 'cover' denda mahkamah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, sepasukan anggota dan pegawai JPJ Selangor melakukan Operasi Ulat di KLIA Terminal 1 di sini.
Hasil operasi itu, tiga individu tempatan ditahan kerana menjalankan aktiviti ulat di terminal berkenaan.

573 tangkapan dalam tempoh 2023 hingga 2025
Mengulas lanjut, Muhammad Kifli berkata, sepanjang 2023 hingga 2025, JPJ melaksanakan 573 tangkapan membabitkan kegiatan 'ulat' di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, dengan kutipan denda berjumlah lebih RM2 juta bagi tempoh berkenaan.

"Ulat' ini menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada orang awam yang tiba di balai ketibaan dengan mengenakan caj penghantaran yang tinggi antara RM80 hingga RM150 ke Kuala Lumpur dan sekitarnya berbanding teksi biasa atau Limo antara RM65 hingga RM80 sahaja," katanya.

Pesalah berulang akan dilucut hak kenderaan
Tegasnya, JPJ akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap kegiatan ulat berkenaan termasuk melucut hak kenderaan yang melakukan kesalahan berulang.

"Tahun lalu, sekitar bulan Jun, kami mengambil tindakan yang pertama untuk dilucut hak di bawah Seksyen 227 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

"Orang Kena Saman (OKS) juga sudah dituduh di bawah Seksyen 205 dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 di bawah akta sama," katanya.
Mulai pada tahun ini, mana-mana kenderaan yang ditahan kerana menjadi 'ulat' untuk kali kedua dan seterusnya, akan dikenakan tindakan sama.

"JPJ memandang serius kegiatan yang bersifat pentingkan diri dan mengaut keuntungan secara haram ini dan akan mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan 'ulat' ini.

"Aktiviti ini juga adalah gejala negatif yang boleh merosakkan imej negara dan mendatangkan implikasi kepada ekonomi terutama dalam sektor pelancongan dan pengangkutan awam," katanya.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205 (1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti 'ulat' juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243 (1) akta sama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2026 10:45 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-1-2026 06:48 AM


Selama berpuluh Benda simple seperti ini pun pihak berkuasa tak boleh nak selesaikan? Panggil trump datang klia dalam masa 5 minutes semua selesai!



https://youtu.be/qnNQDgWE9_4
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu akak guna grab je to/from klia
Tapi mmg selalu diapproach oleh ulat2 ni

Pernah try teksi klia juga, mcm Mahal sikit lah
Next time mungkin pakai teksi klia je lah sbb mcm kesian pulak tgk teksi2 Tu bersidai tunggu customer
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 01:28 PM | Show all posts
Masa bulan lepas, saya nk pergi ke terminal 2 KLIA. Bas yang saya naiki turunkan saya di terminal 1 KLIA. Masatu pukul 5 pagi. saya pun pergi ke tempat menunggu shuttle bas,ade beberapa org yg saya rasa mereka ni ulat kereta sewa, saya tanya mereka pukul brp shuttle bas dtg? dia tanya saya tiket saya pukul brp, saya bgtau 9.00 pagi. lps tu dia ckp "oo xsempat ni, shuttle bas mula pukul 8.30 pagi" terkejut la saya. lpstu saya tanya dia kalau naik dgn dia berapa, dia kata 100++ , terkejut lagi saya. walhal saya tau dekat je. dan ntah kenapa  hritu saya x search online dulu maklumat dia bgi tu. maybe sbb jadual shuttle bas tu ade ditampal di tiang tmpt menunggu tu dan mmg saya tengok start 8.30 pagi.

Saya pun order grab, rm30++. saya naiklah grab. yg kelakarnya, by the time grab saya sampai, shuttle bas tu pun sampai depan mata saya. hurm.. dh order grab, terus je la naik grab. bila search online rupanya shuttle bas tu 24 jam dan tiba setiap 30 minit. saya harap pihak klia terminal 1 cek la jadual shuttle bas yg ditampal di tiang tmpt  menunggu shuttle bas yg menunjukkan shuttle bas tu bermula 8.30 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah mahal mahu pula org naik ye... Mcm pelik
Tp ok la kalau pihak berwajib nak ambil tindakan gini. Setakat denda mmg takkan buatkan diarg insaf
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 02:56 PM | Show all posts
Hasil operasi itu, tiga individu tempatan ditahan....

Bangla kereta sapu haram tak dapat tangkap ke?

Kita kawan baru sampei tada tau cakap malayu. Nanti kina tipu, so kita bawa kereta sapu angkut kita kawan la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 04:56 PM | Show all posts
Blu3butter replied at 19-2-2026 02:48 PM
Kalau dah mahal mahu pula org naik ye... Mcm pelik
Tp ok la kalau pihak berwajib nak ambil tindakan  ...

rasanya pelancong asing... 100-300 tu pada dorang mungkin kecil atau normal..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 19-2-2026 04:56 PM
rasanya pelancong asing... 100-300 tu pada dorang mungkin kecil atau normal..

Owh maksudnya pelancong pun tak check juga la kot dgn pihak limo yg ada kat situ terus main setuju harga je ye. Mmg kena bantai la kalau gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.309143 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list