CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6567|Reply: 0

PDRM terima 4 APC IAG Guardian untuk kegunaan Skuadron Perisai PGA

[Copy link]
Post time 22-8-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode
PDRM terima 4 APC IAG Guardian untuk kegunaan Skuadron Perisai PGA

Oleh Safeek Affendy Razali - Ogos 22, 2025 @ 11:03am





Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (tengah) ketika melawat Kenderaan ‘Armoured Personnel Carrier’ di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur. - NSTP/Raihana Mansor



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima empat kenderaan pengangkut berperisai (APC) jenis International Armoured Groud (IAG) Guardian 4X4 yang akan digunakan untuk memantapkan operasi Skuadron Perisai Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dua daripada empat APC itu akan diagihkan Briged Tengah, manakala masing-masing satu unit untuk Briged Utara dan Briged Tenggara

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata perolehan bernilai RM10.72 juta itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) membabitkan pembekal Global Komited Sdn Bhd untuk tempoh kontrak 24 bulan antara 30 Mac 2024 hingga 29 Mac 2026.

Beliau berkata, pemilihan IAG Guardian itu mengambil kira kesesuaian APC itu dengan fungsi utama Skuadron Perisai PGA untuk memberi perlindungan dalam rangkaian perhubungan jalan, menjalankan rondaan kawasan, membersihkan halangan di jalan raya, mengiringi konvoi dan mengendalikan dan mendirikan sekatan jalan raya.

"Skuadron Perisai turut memainkan peranan dalam mengangkut dan menghantar anggota serta logistik dan turut memberikan bantuan tembakan, menjalankan operasi menyelamat di kawasan krisis dan membuat piket dan pos pemerhati.

"Skuadron Perisai memainkan peranan penting sebagai perlindungan perisai dan bantuan tembakan di dalam penugasan operasi-operasi PDRM," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan APC itu di Bukit Aman hari ini.

Penyerahan empat APC itu dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Global Komited Sdn Bhd, Datuk Mohd Nasser Israil.

IAG Guardian Cen Level B6 yang mampu memuatkan lapan anggota pada satu-satu masa itu mempunyai rekod operasi dan keupayaan di lapangan apabila turut digunakan pelbagai agensi keselamatan antarabangsa.

Ini termasuk Pasukan Pengaman Malaysia di Lubnan (UNIFIL), Lithuania Public Security Service, Chile Gendarmerie, Bulgaria Special Forces, People's Public Security of Vietnam, Senegal Police Force dan Nigeria Armed Forces.

Tambah Mohd Khalid, empat IAG Guardian itu akan dilengkapi sistem komunikasi serta ciri keselamatan taktikal termasuk kelengkapan Radio VHF RMPNET, Komunikasi Taktikal Mudah, 'Heavy Duty Winch', Runflat Tire dan sistem gantungan 'heavy duty'.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1436507/pdrm-terima-4-apc-iag-guardian-untuk-kegunaan-skuadron-perisai-pga





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.256412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list