CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 908|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 18-7-2025 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut di tapak pembinaan disahkan kontraktor, polis kata tiada unsur jenayah

Oleh Nazdy Harun - Julai 17, 2025 @ 11:09pm




Seorang lelaki ditemukan mati di Kawasan Projek Perumahan Ketengah, dekat Bandar Almuktafi Billah Shah, di sini. - Foto tular



DUNGUN: Lelaki yang ditemui mati di tepi kenderaan berhampiran Projek Perumahan Ketengah, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun, hari ini disahkan bekerja sebagai kontarktor di tapak pembinaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, mangsa, 43, berasal dari Kuala Lumpur dan dikatakan baru sebulan bekerja di situ, dengan menyewa sebuah rumah berdekatan tapak pembinaan.

Katanya, mayat ditemui beberapa pekerja selepas melihat pacuan empat roda mangsa dalam keadaan enjinnya masih hidup di luar tapak pembinaan.

Atas maklumat diterima, sepasukan polis ke lokasi dan menemukan mayat terbaring di atas tanah, dengan sebilah pisau ditemui di sebelahnya.

"Pemeriksaan menemukan kesan luka di beberapa bahagian badan mangsa dipercayai kesan kelar.

"Bagaimanapun pemeriksaan serta siasatan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat," katanya.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes dikalsifikasikan sebagai mati mengejut.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1421318/lelaki-maut-di-tapak-pembinaan-disahkan-kontraktor-polis-kata-tiada-unsur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.122430 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list