CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

[Kelantan] Kes keracunan makanan di kolej: Pengendali tidak berdaftar dengan KKM - JKNK

[Copy link]
Post time 13-7-2025 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Kes keracunan makanan di kolej: Pengendali tidak berdaftar dengan KKM - JKNK

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
13 Julai 2025 12:14pm




Dr Zaini (depan, tiga dari kanan) semasa merasmikan Operasi Bersepadu Undang-undang Kesihatan Awam (OSKA) Siri 7/2025 di Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas pada Ahad.




PASIR MAS - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memaklumkan pengendali makanan yang didakwa menyebabkan kes keracunan di sebuah kolej di sini tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selain itu mereka juga dikatakan baru memulakan perniagaan tersebut.


"Setakat ini kesemua mangsa seramai 427 orang dilaporkan kembali sihat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Bersepadu Undang-undang Kesihatan Awam (OSKA) Siri 7/2025 di Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas di sini pada Ahad.

Menurut beliau, pengendali makanan tersebut telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ujarnya, selain itu premis terbabit juga diarahkan tutup bermula dari 9 hingga 16 Julai.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa seramai 343 individu terdiri daripada pelajar baharu, ahli jawatankuasa dan kakitangan orientasi sebuah kolej mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan makan malam pada hari Selasa.

Difahamkan, makanan tersebut disediakan oleh katerer luar.

Mangsa dilaporkan mengalami gejala seperti sakit perut (97.9 peratus), cirit-birit (82.2 peratus), pening (43.1 peratus), loya (35.8 peratus), muntah (9.6 peratus) dan demam (7.3 peratus).

https://www.sinarharian.com.my/article/738436/berita/semasa/kes-keracunan-makanan-di-kolej-pengendali-tidak-berdaftar-dengan-kkm---jknk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:07 AM GMT+8 , Processed in 1.114612 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list