CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1707|Reply: 7

[SEJARAH] Gua rangka Kabayan, pernah disenaraikan antara 100 tempat paling berbahaya

[Copy link]
Post time 13-5-2025 10:49 PM | Show all posts |Read mode


Perkampungan Kabayan terletak dalam daerah Benguet di bahagian utara Filipina. Perkampungan ini terkenal dengan Kabayan Mummy Caves – sebuah gua yang mengumpulkan mumia-mumia yang diawet secara semula jadi dan juga boleh dilihat di sepanjang lereng pergunungan Kabayan.


Himpunan mumia ini dipercayai mula diproses seawal tahun 2000 Sebelum Masihi sehingga kurun ke-16, apabila Sepanyol menguasai Filipina. Gua ini juga dikenali dengan nama Fire Mummies, Benguet Mummies, dan Ibaloi Mummies. Gua ini pernah dinobatkan sebagai antara 100 tempat paling berbahaya di dunia oleh Monument Watch.


Dipercayai kaum Ibaloi, kaum peribumi di daerah ini yang memulakan pengawetan mayat dengan cara begini. Namun ada yang berpendapat, kaum Ibaloi hanya memulakan proses memumiakan mayat pada tahun 1200 Sebelum Masihi sehingga 1500 Sebelum Masihi.


Dikatakan proses memumiakan mayat ini bermula sebelum mayat itu menghembuskan nafas terakhir lagi. Pesakit yang mereka jangka memang akan mati akan disuruh untuk minum air garam yang sangat masin.


Selepas mati, mayat mereka akan dicuci sebelum proses pengasapan dimulakan. Mayat tidak diletakkan terus ke atas api, sebaliknya hanya sekadar diasapkan saja. Tujuannya ialah untuk mengeringkan air di dalam badan.




Setelah itu, asap akan ditiupkan ke dalam mulut mayat untuk mengeringkan organ dalaman pula. Proses ini biasanya memakan masa berminggu-minggu, malah boleh mencecah berbulan-bulan untuk disiapkan.


Akhir sekali, mayat akan disapu dengan herba-herba terpilih. Mayat yang ditemui di gua Kabayan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu pain, dan diletakkan di celah-celah batu, dinding gua atau kubur cetek buatan manusia.


Dikatakan apabila Sepanyol mula menjajah Filipina sekitar abad ke-16, proses pemumiaan ini telah dihentikan.


Pun begitu, perkuburan mumia ini kemudiannya ditemui semula pada abad ke-20 dan mula menjadi tumpuan pelancong ke Filipina.


Ia dibuka secara rasmi sebagai sebuah muzium dan untuk kunjungan pelawat pada Oktober 2002.


Kaum Ibaloi pada hari ini sudah tidak lagi melakukan proses pemumiaan mayat seperti ini.


Namun, mereka percaya bahawa tempat tersebut merupakan sebuah tempat yang suci dan aktiviti ritual selalu dilakukan di situ.




Mumia ketua yang bertatu bernama Apo Anno telah dipulangkan semula oleh pihak muzium Filipina kepada kaum Ibaloi untuk dikembalikan ke gua Kabayan.


Semasa zaman penjajahan dahulu, Apo Anno pernah dirompak dan dijadikan sebagai alat dalam persembahan sarkas.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 08:17 AM | Show all posts
eiiiiiii takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:03 AM | Show all posts
Idok ler nk ke sini wpun atas dasar nk tau sejarah ke apa. Takut ada yg ngikut balik rumah. Aku ni penakut
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Leceh nya lah proses lepas mati tu. Rajin sedara mara nak proses. Kan senang tanam je terus
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez: Leceh nya lah proses lepas mat ...


Tu la...siap kena sediakan rempah ratus macam nak giling rempah buat kari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2025 10:23 AM | Show all posts
kt mana lg 99 tempat yg di-claimed sbg paling berbahaya tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2025 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa "tempat paling merbahaya"?

Merbahaya dari sudut apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mayat disalai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40458 Replies : 396
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 22580 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 28691 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.443422 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list