CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10257|Reply: 0

PDRM tugaskan 6,200 pegawai, anggota kawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN

[Copy link]
Post time 10-5-2025 04:33 PM | Show all posts |Read mode
PDRM tugaskan 6,200 pegawai, anggota kawal keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh BERNAMA - Mei 10, 2025 @ 3:02pm




Kesiapsiagaan pasukan keselamatan dipertingkat menerusi beberapa siri latihan termasuk Ex Rimau ASEAN pada Februari lalu dan penglibatan dalam Ex ASEAN anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mei lalu: KPN. - Foto NSTP



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan hampir 6,200 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain berkata tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dipertingkat menerusi beberapa siri latihan termasuk Ex Rimau ASEAN pada Februari lalu dan penglibatan dalam Ex ASEAN anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung dari 5 hingga 7 Mei lalu.

"PDRM berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya. Latihan yang dilaksanakan merangkumi kawalan konvoi orang kenamaan (motorcade), pengurusan rusuhan awam, pengendalian ancaman bahan letupan serta tindakan balas terhadap serangan pengganas.

"Pasukan elit seperti Unit Tindakhas dan 69 Komando juga telah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan pada bila-bila masa," katanya.

Razarudin berkata walaupun tiada ancaman keselamatan dikesan setakat ini, PDRM tetap mengambil pendekatan berwaspada dengan merujuk kepada insiden-insiden yang pernah berlaku semasa persidangan antarabangsa sebelum ini.

"PDRM juga peka terhadap isu-isu politik dan keselamatan membabitkan negara-negara ASEAN serta rakan-rakan dialog ASEAN. Pemantauan rapi sentiasa dijalankan bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan impak yang boleh menjejaskan keselamatan persidangan," katanya.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan keselamatan menyeluruh, PDRM turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta agensi keselamatan swasta.

Selain lokasi utama persidangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kontinjen PDRM di negeri-negeri terlibat dengan program sampingan seperti di Terengganu, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi turut diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan.

"Lazimnya, delegasi luar bukan sahaja menghadiri mesyuarat rasmi, malah turut melawat lokasi-lokasi pelancongan utama. Justeru, PDRM akan memastikan pemantauan keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai berada di tahap tertinggi sepanjang tempoh persidangan," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1394408/pdrm-tugaskan-6200-pegawai-anggota-kawal-keselamatan-sidang-kemuncak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.830458 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list