CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 5

NIKI artis pertama Indonesia ‘pecah telur’ carta Spotify Global

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode


USAHA penyanyi Indonesia, NIKI membina nama di peringkat antarabangsa tidak sia-sia apabila berjaya membolosi carta Top 50 global Spotify menerusi lagu You’ll Be in My Heart kini di posisi nombor 20.



Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan pemilik nama sebenar Nicole Zefanya, 26, sebagai penyanyi Indonesia pertama yang tersenarai dalam kedudukan paling tinggi carta penstriman popular itu.



Pencapaian tersebut bukan hanya boleh jadi kebanggaan peribadi malah, menjadi bukti kuat bahawa muzik Asia Tenggara khususnya Indonesia mampu memiliki tempat di hati pendengar dunia.



You’ll Be in My Heart yang tular di media sosial dan menarik jutaan ‘streaming’, menjadi bukti bahawa kehebatan vokal dan emosi mampu menembus batas budaya serta bahasa.


  


Rata-rata peminat menyambut baik dengan berita tersebut dan berharap NIKI mampu mengembangkan lagi sayap ke peringkat seterusnya.



“Semoga NIKI boleh sebesar Rihanna yang juga datang dari negara kecil,” kata peminat.



“Sangat bangga dengan pencapaian NIKI sekarang. Saya pendengar nombor satu dia,” ujar pengikut.



“Selepas penyanyi wanita Indonesia pertama buat persembahan di Coachella, sekarang dia menempatkan diri dalam carta muzik tertinggi,” jelas peminat lain.



  


Lagu yang dilancarkan pada tahun 2022 tersebut merupakan ikonik karya Phil Collins yang dilancarkan pada 1999 sebagai soundtrack film animasi Disney Tarzan.



NIKI membawakan versi baharu melalui dan menambah sentuhan peribadi serta budaya Indonesia seperti bunyi gamelan.



Meskipun sudah dua tahun dilancarkan, lagu tersebut mula mendapat tempat selepas digunakan sebagai audio dalam TikTok.



Terdahulu, dua lagu penyanyi Indonesia iaitu Hati-Hati Di Jalan nyanyian Tulus dan Bernadya (Satu Bulan) turut tersenarai carta Top 50 Global Spotify. – HIBGLAM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2025 09:12 AM | Show all posts
Kalau malaysia... Bila la akan terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo sbb lagu ni dah ada fans tersendiri esp peminat Tarzan. Huntonglah. Lagu Ella yg standing in the eyes tu kalau nyanyi balik skang ni meletop agaknya ya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2025 03:39 PM | Show all posts
Edited by Elbacole at 11-7-2025 09:42 AM

Saya suka NIKI. Jika anda juga peminat NIKI dan ingin mendengar lagu-lagu beliau maka pasanglah aplikasi soptify mod apk dari laman web seruapk.com untuk dinikmati. di sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:41 PM | Show all posts
Tahniah NIKI ???? Pencapaian di carta Spotify Global ini membuktikan bakat dan muzik Indonesia mampu bersaing di peringkat dunia. Sangat membanggakan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068787 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list