CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1144|Reply: 0

Belajar 7 tip ini dulu sebelum singgah gerai lemang... Elak beli jenis mentah, berkerak atau basi

[Copy link]
Post time 26-3-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode

LEMANG merupakan juadah tradisi wajib yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri.

Keenakan lemang akan menjadi sempurna apabila ia dimakan dengan rendang, serunding atau kari.

Namun, tidak semua lemang yang dijual berkualiti dan dimasak dengan sempurna lebih-lebih lagi jika pembeli tidak tahu cara yang betul ketika memilihnya di gerai.

Oleh itu, penting untuk mengetahui tip berguna ini agar anda tidak kecewa dengan lemang yang dimakan pada Syawal.

1. Pilih gerai yang banyak kayu untuk dibakar

Itu adalah petanda mereka memang bakar lemang di situ dan bukannya sekadar 'tayang' kepada pelanggan.

Ada segelintir peniaga yang menipu pelanggan dengan menyusun lemang atas bara api walhal ia telah pun dikukus terlebih dahulu.

2. Pilih lemang bersaiz sederhana

Jangan pilih lemang yang terlalu besar kerana dikhuatiri ia tidak dimasak dengan sempurna pada bahagian dalam.

Kalau lemang terlalu kecil, isi pulut boleh jadi agak keras, liat dan terlalu garing pula.


3. Belah bahagian bawah lemang

Sebelum beli lemang, minta peniaga belah sedikit bahagian bawah lemang untuk pastikan ia dimasak sempurna.

Boleh jadi bahagian atas nampak seperti telah dimasak tetapi rupanya-rupanya bahagian bawah masih mentah.

4. Elakkan gerai yang menggunakan kayu palet

Anda dinasihatkan untuk tidak membeli di gerai yang menggunakan kayu palet sebagai bahan bakar kerana dibimbangi lemang akan tercemar dengan bahan beracun.

Ini kerana kayu jenis itu disembur dengan coating yang beracun untuk mengelakkan daripada dimakan anai-anai.

5. Pilih lemang yang 'kepala' santannya kering

Semasa memilih, perhatikan bahagian atas lemang atau 'kepala' iaitu tempat pengumpulan lemak-lemak santan yang mendidih kerana dibakar.

Cari bahagian kepala santan yang kering kerana ia menandakan lemang tersebut boleh bertahan lama sehingga dua hari.


6. Hidu dahulu sebelum beli

Cuba hidu bahagian kepala santan untuk tahu sekiranya ia sudah basi atau belum.

Kebiasaannya, santan yang sudah basi atau disimpan lebih dua hari akan mengeluarkan bau masam atau tidak enak.

7. Cara simpan lemang supaya tahan lama

Kaedah penyimpanan lemang juga penting untuk pastikan ia bertahan lama misalnya terbalikkan kedudukan lemang dan biarkan ia berdiri secara upside down.

Cara ini dapat mengasingkan minyak di bahagian atas lemang yang boleh menyebabkan lemang cepat basi. - mStar





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 1.259785 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list