CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19487|Reply: 0

Samsung Malaysia perkenal tiga telefon pintar siri Galaxy 5G

[Copy link]
Post time 13-3-2025 03:15 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia memperkenalkan Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G, dengan peningkatan ketara dalam teknologi kamera dan kecerdasan buatan (AI).

Model Galaxy A26 5G tersedia dalam pilihan warna Black, Mint, dan Peach Pink, dengan harga RM1,199 untuk model 6GB RAM + 128GB dan RM1,399 untuk model 8GB RAM + 256GB.

Bagi peminat warna yang lebih menyerlah, Galaxy A36 5G tersedia dalam pilihan warna Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, dan Awesome Lime, dengan harga RM1,499 (12GB RAM+256GB) dan RM1,299 (6GB RAM+128GB).

Sementara itu, Galaxy A56 5G, yang tersedia dalam pilihan warna Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink, ditawarkan pada harga RM1,999 (12GB RAM+256GB) dan RM1,799 (8GB RAM+128GB).

Dengan setiap pembelian, pelanggan akan menerima e-baucar eksklusif bernilai RM100, peningkatan storan berganda bernilai RM200, jaminan lanjutan selama satu tahun bernilai RM129, serta diskaun sehingga 30 peratis untuk pembelian bersama Galaxy Watch, Buds, Tablet atau aksesori terpilih.

Samsung Galaxy A56 5G mentakrifkan semula fotografi telefon pintar dengan teknologi 'nightography' daripada Samsung, memastikan gambar dalam keadaan cahaya malap kelihatan sama seperti yang diambil pada siang hari.

Dengan kamera 12MP Video HDR, peranti ini dilengkapi dengan 'awesome intelligence' dan ciri 'best face' untuk menghasilkan video swafoto yang tajam dan jelas.



Bagi peminat permainan video, Galaxy A36 5G pula menawarkan pengalaman permainan yang dengan cipset snapdragon 6 Gen 3 manakala Galaxy A56 5G yang dikuasakan oleh exynos 1580 memberikan prestasi luar biasa.

Kedua-dua peranti ini menyokong bateri 5000mAh yang tahan lama dan teknologi 'super fast charge' 2.0 yang telah dipertingkatkan daripada 25 watt (W) kepada 45W, membolehkan pengecasan penuh dalam masa hanya satu jam lebih.

Tambahan pula, ruang wap penyejukan yang lebih besar, setanding dengan Galaxy S24+, meningkatkan pengalaman permainan yang lancar, tontonan video, serta kecekapan dalam menjalankan pelbagai tugas.

Ciri baharu 'object eraser' yang diperkasakan oleh 'awesome intelligence' membolehkan pengguna membuang objek yang tidak diingini secara automatik daripada gambar, manakala penapis tersuai membolehkannya menambah efek peribadi pada imej.

Galaxy A26 5G memberikan pengalaman hiburan dengan paparan 6.7 inci Full HD+ Super Amoled yang dilengkapi 'vision booster' untuk meningkatkan kecerahan dan menghasilkan visual yang lebih nyata dan mengagumkan.

Dari segi keselamatan, Galaxy A26 5G dibangunkan dengan 'Samsung Knox Vault' untuk melindungi data peribadi daripada ancaman berbahaya.

Selain itu, Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G menawarkan sehingga enam generasi kemas kini OS dan keselamatan, serta dilengkapi penarafan IP67 untuk ketahanan terhadap air dan habuk.


Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.278078 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list