CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4593|Reply: 10

[GAMBAR] ...Nostalgia Tukar Juadah...

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 14-3-2024 09:46 AM

Masihkah bertukar juadah?Tukar juadah makin luput

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
April 15, 2023 @ 11:27am
[email protected]









Sejak dahulu, apabila memasuki Ramadan pelbagai aktiviti memeriahkan suasana seperti memukul beduk keliling kampung atau taman perumahan untuk bangunkan sahur, selain amalkan tradisi bertukar juadah dengan jiran tetangga.

Tiada bulan lain yang ada amalan sebegini sehingga ramai tertunggu-tunggu kehadiran bulan puasa untuk merasai suasana itu.

Mana tidaknya, apabila hampir tiba waktu iftar, ada jiran menatang dulang, pinggan atau mangkuk tingkat berisi juadah dimasak untuk diberi jiran lain.
Kemudian, mereka saling bertukar juadah sekali gus menggambarkan hubungan dan tradisi seumpama itu begitu akrab.

Namun, tradisi bertukar juadah ini dilihat sudah semakin kurang diamalkan apabila tidak ramai mahu berbuat demikian, sebaliknya masing-masing makanan hidangan sendiri.

Ini diakuiPenglipur Lara, Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, orang Melayu dahulu cukup kuat hidup bermasyarakat dan bagi mereka masyarakat perlu dijaga dengan baik.
Tradisi bertukar juadah, umpamanya sangat ditunggu-tunggu disebabkan ia lebih meriah dilakukan ketika bulan puasa sehingga ada beranggapan Ramadan bulan kemewahan.

"Tradisi bertukar juadah ini datangnya dari sikap saling-mengasihi, menghormati serta memberi dengan ikhlas dan tradisi ini wujud sebelum adanya bazar Ramadan atau gerai jualan di tepi jalan.
"Disebabkan tradisi ini, puasa di kampung khususnya menjadi meriah disebabkan budaya ini dan bagaikan 'kewajipan' penduduk bertukar juadah," katanya.
Masing-masing buat hal sendiri
Kongsi Mohd Rosli, selain tradisi bertukar juadah ini, penduduk berbuka di surau atau masjid akan membawa hidangan sebelum dikongsi bersama jemaah lain yang datang.

Kebiasaan apabila ini dilakukan, hidangan akan menjadi banyak sekiranya bertukar juadah dengan ramai jiran.
"Jika ada hidangan sama dimasak oleh jiran kebiasaan yang menerima tidak akan memulangkan bekas dengan juadah sama, sebaliknya dibalas pada hari yang lain.
"Sekiranya kita buat ketupat dan hantar kepada kepada jiran yang turut buat ketupat, mereka tidak membalas dengan juadah sama dan bekas makanan tidak dipulangkan supaya dapat diisi dengan juadah berbeza pada hari lain," katanya.
Tradisi yang meriah di kampung itu semakin pupus kerana generasi muda ada yang tidak mahu mengambil tahu, selain faktor kesibukan menyebabkan juadah juga hanya dibeli.

Katanya, tradisi yang baik seperti ini perlu diteruskan bukan sahaja di kampung tetapi penduduk yang tinggal di bandar kerana tidak akan rugi biarpun hanya dengan jiran di sebelah rumah.

"Makanan sebagai cara dalam mengeratkan hubungan kemasyarakatan dan jika kita tidak boleh lakukan pada setiap hari, masa lapang yang ada ketika cuti boleh digunakan bertukar juadah," katanya.
anak muda," katanya.







Single Polls, Total 7 Users voted
0.00% (0)
42.86% (3)
57.14% (4)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 03:17 PM | Show all posts
menu paling femes swap juadah ni ialah cekodok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2024 03:23 PM | Show all posts
cranell replied at 14-3-2024 02:17 PM
menu paling femes swap juadah ni ialah cekodok

Dulu tukang anto rumah jiran. Mak bagi kuih, nanti dapat juadah dari jiran gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 03:29 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-3-2024 03:23 PM
Dulu tukang anto rumah jiran. Mak bagi kuih, nanti dapat juadah dari jiran gak

biasa kalau hantar karipap, return dapat ketayap, seri muka, cekodok tu selalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 14-3-2024 02:29 PM
biasa kalau hantar karipap, return dapat ketayap, seri muka, cekodok tu selalu.

Saya suka kalau dpt pengat
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:07 PM | Show all posts
mmg la dulu2 mana ada BR. So tukar2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 10:58 AM | Show all posts
dulu2 ada la buat sbb kwsn kejiranan aku tu sebelah je Melayu, yg lain2 tu berbilang kaum. tp sejak aunty tu pindah, uncle lak dah meninggal, yg ada anak sulung dia dan suami yg duduk situ, dah xde dah aktiviti ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 11:25 AM | Show all posts
buat setempayan cekodok, jam 4 tu start hantar kerumah jiran2, yang dok flet mudah cerita... jalan menyusur setiap unit di setiap tingkat,
dimplastic container tu jngn lupa tulis no unit /rumah ya...
siap hantar dok tunggu kat tepi pintu.. satu persatu anak2 jiran datang mulang kan bekas, makanya petang tu beranika juadah berbuka kau ada
silap2 ada yg pulang kan balik cekodok yg kau hntar, recycle punya recyle..balik kertempat asal cekodoknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 02:23 PM | Show all posts
Tak pernah tukar juadah tapi bila rezeki makan tu dtg akan berlaku 2 jiran hantar juadah pd hari yg sama...
Satu dpt menu pagi
satu dapat menu tengahari
Boleh jadi meehoon dan pulut bersama rendang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Still ada hantar mknn2, zaman skrg org takut makan makanan sembarangan takut kena jampi ka kena ludah ka. Utk coming soon ai patut bagi makanan kering ja spt biskut megi kopi sugar tepung buah2 sbb mknn yg dimasak takut org x makan atau terbuang
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang dah hampir pupus budaya tukar2 juadah raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40458 Replies : 396
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 22580 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 28691 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.608495 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list