CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 3

[Tempatan] [Edisi B.O.D.O.H] Lelaki gelang merah jambu kena kompaun

[Copy link]
Post time 31-5-2021 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki gelang merah jambu kena kompaun

https://www.kosmo.com.my/2021/05 ... jambu-kena-kompaun/

Oleh NOR AINNA HAMZAH
30 Mei 2021, 11:24 pm


Lelaki yang memakai gelang merah jambu itu ditahan hasil maklumat orang awam.

JEMPOL – Seorang lelaki yang masih memakai gelang merah jambu namun tidak mematuhi perintah kuarantin dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas dikesan mahu membeli barangan runcit di kedai berdekatan kediamannya di Taman ACBE Bahau, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 5 petang, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah menahan lelaki berkenaan di tepi jalan di Lorong 11 taman berkenaan setelah mendapat maklumat dari orang awam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 53 tahun itu dalam perjalanan menaiki kenderaan dari rumahnya ke kedai runcit namun tidak jadi masuk ke dalam kedai berkenaan selepas menyedari kehadiran pasukan polis.

“Lelaki tersebut diarahkan menjalani tempoh kuarantin sejak 28 Mei lalu dan dijangka berlanjutan sehingga 6 Jun ini. Bagaimanapun tindakan lelaki ini mahu pergi ke kedai menyalahi undang-undang serta tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Lelaki berkenaan telah dikompaun di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bnd simple. Patutnya kerajaan kena readykan pusat kuarantin ready dgn askar polis jaga. Ada ke srh rakyat uganda kuarantin kat rmh sendiri.

Dkt tol booth pun rakyat x reti nak beratur ikut garisan ada hati srh rakyat kuarantin sndiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dgn perangai babi2 cenggini.

The fuck. Anjing sial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 02:04 AM | Show all posts
dah ada yg lagi awal, sy tutup yg ejalti punya
@AceHand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 10:03 AM GMT+8 , Processed in 1.585815 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list