CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2257|Reply: 18

[Tempatan] Dua suspek panah anjing ditahan // Anjing liar mati dipanah

[Copy link]
Post time 14-3-2021 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-3-2021 08:02 AM

Anjing liar mati dipanah

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 14, 2021 @ 6:48am[email protected]



Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memanah anjing liar sehingga mati di Seberang Jalan Putra, semalam. - Foto ihsan pembaca




ALOR SETAR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang lelaki membunuh anjing liar dengan memanah haiwan itu sehingga mati di Seberang Jalan Putra, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan pengadu memaklumkan melihat status yang dimuat naik seorang pemilik sebuah akaun Facebook (FB) mengenai anjing liar yang mati dibunuh dengan panah.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ, seorang lelaki yang menaiki kereta Proton Waja berada di kawasan itu ketika kejadian, bagaimanapun nombor pendaftaran gagal dikenal pasti.


Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan adalah busar dan anak panah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahmad Shukri berkata, tujuan pengadu membuat laporan adalah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan. "Polis turut merakam percakapan pengadu untuk mengambil keterangannya bagi membantu siasatan.

"Pasukan Jabatan Veterinar yang melakukan siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat CCTV di kedai berhampiran yang menunjukkan seorang lelaki memanah anjing liar antara jam 4.21 hingga 5.26 pagi pada Khamis lalu," katanya.

Katanya, pegawai penyiasat Jabatan Veterinar juga sudah membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 29(1)(E) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/03/796006/anjing-liar-mati-dipanah




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow!...The 'Kodiang' Arrow.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasai aku takde dalam tred binatang kene sekse ni.  Sebab aku boleh jadi mental..

Aku dah nampak cerite ni tadi tapi tak lalu nak up.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:11 PM | Show all posts
sian tp layak lh sbb anjing liar ni membahayakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 14-3-2021 09:27 PM
Wow!...The 'Kodiang' Arrow.

Babi betul..aku sumpah ko jd anjing.. celaka buat dajal pd anjing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2021 11:54 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-3-2021 07:59 AM

Dua suspek panah anjing ditahan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 14, 2021 @ 1:40pm[email protected]





ALOR SETAR: Polis hari ini menahan dua lelaki yang disyaki membunuh anjing liar dengan memanah haiwan itu di Seberang Jalan Putra di sini, Khamis lalu.

Mereka ditahan secara berasingan pada jam 4 petang dan 5 petang tadi, oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar susulan laporan pengadu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata, suspek pertama berusia 30-an ditahan di sebuah kelab golf di Jitra pada jam 4 petang tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang menetap di rumah pangsa Seberang Terus, Mergong itu tidak mempunyai rekod jenayah manakala ujian saringan awal air kencing mendapati bebas daripada dadah.
"Turut dirampas dua busur panah, satu tabung pengisi anak panah berwarna hitam dan 21 anak panah yang ditemui di rumah suspek pertama.

"Suspek ditahan kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, suspek kedua ditahan jam 5 petang di tepi jalan Kampung Hilir, Kepala Batas, dekat sini.
Beliau berkata, suspek berusia 20-an itu yang berasal dari Bukit Pinang juga didapati bebas daripada dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

"Suspek kedua turut ditahan kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan.
"Kedua-dua suspek akan diserah kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/ Seksyen 45 Akta Binatang 1953," katanya.

Sebelum ini, polis menerima laporan daripada pengadu mengenai anjingnya dipanah sehingga mati di Seberang Jalan Putra seperti yang tular di laman sosial, semalam.
Pengadu memaklumkan perkara itu selepas melihat status dimuat naik oleh seorang pemilik sebuah akaun Facebook mengenai anjing liar mati dibunuh dengan panah di kawasan berkenaan.

Polis menahan dua suspek yang disyaki terbabit membunuh anjing liar di Seberang Jalan Putra








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-3-2021 11:54 PM
Dua suspek panah anjing ditahanOleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 14, 2021 @ 1:[email protected]



Terbaik sekejap je dah kena tangkap....

Yang cipta anjing tu Allah.

Malaise membiak banyak lepastu x reti Bela anak xda pulak sapa2 sumpit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2021 11:58 PM | Show all posts
Dia orang ni memanah untuk practice sebenarnya kerana dia orang percaya di akhir zaman nanti peperangan tidak lagi menggunakan senjata modern.

Jikalau pergi forum lobai dia orang memang menaruh harapan untuk belajar memanah dan belajar menunggang kuda.

Terlalu banyak minum air ketum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2021 11:59 PM | Show all posts
gila betul anjing pun ko panah dik

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:52 AM | Show all posts
Klu komplen kat pbt pasal anjing liar berbulan bulan tak selesai. Negara kafir pun takde amjing berkeliaran.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 06:11 AM | Show all posts
takde sape perasan ke dia pakai tshirt lost world of tambun...
uolsss mampuu?
entah2 lego world pun dia dah pergi termasuk disney land di LA nun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 07:35 AM | Show all posts
Aku pun xsuka orang aniaya binatang. Yang salah pemilik yang bela pastu buang anjing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 15-3-2021 05:52 AM
Klu komplen kat pbt pasal anjing liar berbulan bulan tak selesai. Negara kafir pun takde amjing berk ...

Awat tkda plk?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 14-3-2021 11:56 PM
Terbaik sekejap je dah kena tangkap....

Yang cipta anjing tu Allah.

Tu la. Moh ler panah anak2 orang yg memekak menjerit tgh malam tu. Parentsnya bodoh tk pandai jaga anak. Reti buat anak tapi tk reti jaga hati jiran. Aaagitcew
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:39 AM | Show all posts
manusia jahat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam sangat...
tapi kt tmpt iol ni pon banyak sangat anjing liar, takde sape nak take action..kesian budak2 kena kejar dgn anjing liar..takut juga nanti ada yg kena serang dgn anjing liar..panggil majlis perbandaran depa buat bodo je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 10:55 AM | Show all posts

pbt dorg tangkap simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apabila manusia 'kenakan' anjing.....salah manusia....Apabila anjing 'kenakan'(serang,gigit)manusia....tetap salah manusia jugok....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:23 AM | Show all posts
semoga mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 1.516751 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list